Ira Kazar akan ditahan?

kazar

Ira Kazar akan ditahan?

Wanita yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar difahamkan akan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut sumber Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas Ira yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Ia berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan.

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, usaha Harian Mentro mendapatkan kenyataan daripada pihak Jawi tidak berjaya.

Terdahulu, akhbar ini pada 20 Ogos lalu melaporkan Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga. HM

Ira Kazar akan ditahan?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker