Fiza Halim naik bingung


Fiza Halim naik bingung

Niat penyanyi dan pelakon Fiza Halim hanya untuk berkongsi ulasan produk sebuah jenama jam tangan dalam Instagram bertukar menjadi sebaliknya apabila terpaksa berdepan kata-kata kesat seorang netizen.

Semuanya berpunca daripada aksi pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Abd. Halim itu mempamerkan jam yang dipakai pada tangan kirinya diletakkan pada bahagian dada.

Kedudukan jam yang berlatarkan aset kewanitaannya itu mengundang rasa kurang senang netizen berkenaan.

“Nak tunjuk pun agak-agak han*t. Letaklah apa-apa sticker (pelekat) ke tutup apa yang patut,” tegur netizen itu didakwa merujuk terhadap tindakan Fiza yang memuat naik gambar menampakkan kesan pemakaian baju dalam di belakang jam yang dipamerkan.

Terkesan dengan kata-kata kesat individu dipercayai seorang lelaki itu, Fiza, 40, menerusi InstaStorynya mengakui bingung dan tertanya-tanya apakah salahnya sehingga dimaki sebegitu rupa.

“Saya tak tahu apa saya saya pada saudara, sampaikan memaki hamun saya han*t. Saya tak pernah kenal saudara, tapi apa-apa pun, saya dah memaafkan.

“Pada pagi Jumaat yang mulia ini, harapnya kita semua akan dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah,” katanya.

Ingin mempertahankan diri, bekas penyanyi kumpulan Elite itu turut menitipkan teguran buat lelaki terbabit dengan mengingatkannya bahawa jangan menilai seseorang manusia dari segi pakaian.

“Jagalah mulut dan lidah kita bila berkata-kata, takut nanti kerana mulut, badan binasa.

“Kalau tak suka pada saya, jangan masuk ke Instagram saya. Instagram ini khas untuk peminat-peminat yang sentiasa menyokong dan positif sahaja. Santai ya,” ujarnya.

Dalam perkongsian lain, Fiza turut memaklumkan lelaki itu telah menyekat Instagramnya.

“Sudahlah maki tanpa sebab, selepas itu sekat saya. Moga Allah berikan hidayah kepada manusia sejenis ini. Jangan menilai orang dari segi pakaian, hati dan mulut kena jaga. Allah Maha Mengetahui semua ke atas hamba-Nya,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, nama Fiza pernah memanas gara-gara dituduh sebagai kaki sondol apabila didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga bekas suaminya bersama bekas isteri. K Online

Fiza Halim naik bingung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker