Tiga penggal P.Pinang di bawah DAP, Najib tak pernah nafikan hak rakyat

Tiga penggal P.Pinang di bawah DAP, Najib tak pernah nafikan hak rakyat

GEORGE TOWN – Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai pemimpin yang sentiasa membela nasib rakyat.

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ia susulan meskipun tiga penggal Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP namun hak rakyat negeri ini tidak pernah dinafikan.

Jelas beliau, terlalu banyak dan tinggi nilai bantuan serta jasa Najib ketika pemerintahan beliau kepada rakyat yang tidak boleh dinafikan.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang merakamkan perasaan dukacita dan sedih atas pengekalan sabitan kesalahan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Najib.

“UMNO Pulau Pinang akan menggenggam erat amanat dan mandat beliau (Najib) untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat, sekaligus memastikan UMNO terus berdiri gagah dalam agenda tersebut.

“Kita turut sentiasa menadah tangan dan berdoa semoga beliau dan keluarga tabah dan kuat dalam menerima ujian getir ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, Mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Bicara ketika itu iaitu Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali. MG

Tiga penggal P.Pinang di bawah DAP, Najib tak pernah nafikan hak rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker