Barista Kongsi 5 Petua Alternatif Maniskan Kopi Secara Sihat, Langsung Tiada Gula!

Barista Kongsi 5 Petua Alternatif Maniskan Kopi Secara Sihat, Langsung Tiada Gula!

KOPI sememangnya salah satu minuman popular di dunia.

Percaya atau tidak, ada individu yang tidak boleh jika tidak menghirup secawan kopi dalam sehari.



Namun setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri dan menikmati kopi dengan cara yang berbeza.

Ada yang tidak tahan dengan rasa pahit kopi itu sendiri dan perlu mencampurkan sedikit gula sebelum menikmatinya.

Jenis biji kopi memainkan peranan untuk menghasilkan ‘nota rasa’.



Seorang barista, Aiman Roslan berkongsi ‘petua’ khusus untuk peminat kopi yang ingin menikmati minuman tersebut tanpa perlu mencampurkan gula.

“Masa aku jadi barista, ramai customer yang kata tak boleh minum kopi tanpa gula. Katanya tak tahan pahit. Tapi kalau kopi tambah gula, akan naikkan kalori dan kurang sihat.

Better cari alternative yang lebih sihat kan? Jadi, ini tip untuk maniskan kopi anda tanpa gula,” tulisnya dalam satu perkongsian di Twitter.



Berikut adalah tip yang dikongsikan oleh barista tersebut:

1. Jenis biji kopi

Jika belum terbiasa dengan pahit kopi, elakkan dari menggunakan biji kopi yang tinggi body dan nota rasanya ‘earthy’. Sebaliknya, disarankan memilih beans single origin yang nota rasanya ada karakter manis, masam, fruity dan floral seperti Geisha Panama.

Elakkan daripada membeli dark roast atau Italian roast. Sudah pasti kopi itu pahit menyengat.



Suhu yang paling sesuai untuk seduh (melarutkan) kopi ialah 90 selsius – 92 selsius.

2. Profil ‘roasting’

Dari segi profil ‘roasting’, cuba cari yang light roast atau medium roast serta warna kopinya tidak terlalu hitam. Pemilihan aspek ini sedikit sebanyak mengurangkan pahit kopi walau dinikmati tanpa gula.

3. Suhu air

Suhu air yang paling sesuai untuk seduh (melarutkan) kopi ialah 90 selsius – 92 selsius. Pada suhu ini, anda dapat menikmati rasa kopi yang paling optimum dan sedap.

Jika suhu terlalu tinggi, rasa kopi akan menjadi lebih pahit dan kurang kompleks.



4. Madu asli

Sekiranya kopi anda agak pahit, tambahkan dengan satu hingga dua sudu madu asli. Namun, pastikan kopi masih panas. Kopi anda akan manis dan rasanya harmoni dengan madu.

Susu yang dipanaskan pada suhu sesuai akan mengeluarkan rasa manis tersendiri.

5. Susu panas

Satu perkara mengenai susu, apabila dipanaskan dengan suhu yang sesuai, ia akan mengeluarkan rasa manis susu yang tersendiri.



Oleh sebab itu, menu-menu espresso seperti latte, cappuccino dan lain-lain sangat sesuai digandingkan dengan susu panas.

Namun jika susu terlebih panas, ia akan menghasilkan rasa ‘burn’ yang kurang sedap.

Barista Kongsi 5 Petua Alternatif Maniskan Kopi Secara Sihat, Langsung Tiada Gula!

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker