Berat ujian kali ini buat kami sekeluarga – Nizar
Berat ujian kali ini buat kami sekeluarga – Nizar
Keluarga Datuk Seri Najib Razak menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap bekas Perdana Menteri itu semalam sebagai satu ujian yang berat.
Anak Najib, Datuk Mohd. Nizar berkata, walaupun mereka amat dukacita dengan keputusan mahkamah itu, keluarganya tetap meneruskan usaha membela dan membantu bekas Perdana Menteri berkenaan.
Menurut beliau, bapanya telah mencuba sedaya upaya membela diri di mahkamah namun keputusan jelas dan langsung tidak memihak kepada beliau.
Mohd. Nizar memberitahu, mereka yang mengikuti kes tersebut secara dekat boleh membuat kesimpulan masing-masing.
“Berat ujian dan dugaannya kali ini buat saya dan keluarga. Namun, kita perlu yakin akan ketentuan dan perancangan Allah SWT Yang Maha Esa, Maha Berkuasa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Mohd. Nizar berkata, semua pihak boleh mengambil iktibar daripada kebangkitan Najib sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Walaupun ketika itu ada yang menganggap ayahanda sudah tidak relevan dan ditinggalkan ramai orang, beliau masih mampu bangkit semula dengan fenomena Bossku serta pergerakan media sosial yang padu.
“Dengan semangat juang yang tinggi ini beliau dapat membantu jentera Barisan Nasional (BN) serta UMNO menang dan menawan semula kerusi mahupun negeri di siri-siri pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN),” jelasnya.
Beliau menambah, semasa mentadbir, Najib dikenali sebagai seorang yang banyak membantu masyarakat umum di semua lapisan tanpa mengira warna kulit dan kaum.
Mohd. Nizar memberitahu, begitu banyak program dan inisiatif dilaksanakan untuk rakyat dan golongan B40.
Beliau dan keluarganya turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang hadir di mahkamah dan yang berdoa serta bersolat hajat dari jauh.
Selain itu, katanya, ramai yang menghantar mesej dorongan dan sokongan melalui saluran WhatsApp dan media sosial.
“Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik kalian semua. Saya dan keluarga sudah tentu memerlukan sedikit masa untuk menerima realiti peristiwa sedih ini.
“Sama-samalah kita doakan Ayahanda Najib Razak sentiasa selamat dan di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya. MG
Berat ujian kali ini buat kami sekeluarga – Nizar
Baca Artikel Menarik:
- UMNO tahu yang mana lawan dan kawan sebenar
- ‘Setakat ini sahaja’, Najib titip pesanan akhir buat keluarga
- Baru lima hari bebas dari penjara, bekas penjenayah rogol ibu dan anak
- Pemilik kedai kopi terkenal hilang sejak Ahad lalu
- Najib berbeza dengan Anwar, tidak heret rakyat dalam kes mahkamah
- NASA rakam bunyi seram ‘black hole’ [VIDEO]
- Mahkamah: Pengeluaran terbesar daripada akaun Armada, RM1juta
- Tanpa Bossku, BN berdepan masalah besar pada PRU-15
- Sah, deraf penghakiman Najib bocor
- ‘Bossku tidak berakhir ‘, Yana Najib janji bawanya pulang ke pangkuan keluarga
- Kes Najib akan terus diulas, dihakimi rakyat
- Ustaz Kazim Elias dinasihat bertopi, tutup wajah elak kena cahaya matahari
- Bukan Zainab yang tular tapi Zainab lain – Rafizi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib
Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya
Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen
You must be logged in to post a comment.