Pemuda iklan cari jodoh tetapi antijanda

Lelaki ini menyatakan beberapa syarat untuk calon isterinya. – Twitter

JAKARTA – Sebuah hantaran yang memaparkan usaha  seorang lelaki mencari calon isteri menjadi tular di media sosial kerana kriteria yang digariskan menyebut bahawa dia sama sekali  tidak suka kepada janda, lapor laman berita Berita Hits semalam.

Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Twitter,  lelaki berbaju kuning itu memberitahu hasratnya untuk mencari calon isteri tetapi meletakkan beberapa syarat utama.

Syarat-syarat tersebut termasuk calon isterinya perlu berusia 20 hingga 25 tahun dan seorang gadis.

“Maaf saya tidak menerima janda. Saya antijanda,” tulisnya.



Turut dinyatakan adalah calon isterinya perlu memiliki kewangan yang kukuh dan sekurang-kurangnya bekerja sebagai pegawai kerajaan.

“Supaya boleh memberi wang kepada saya,” katanya.

Tidak dinyatakan sama ada hantaran itu adalah asli atau sengaja direka pihak tertentu namun, ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Buat yang ketawa, semoga jodoh anda begini,” kata seorang netizen. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?

Najib lafaz sumpah laknat



Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker