Cuba Prank Kurung Anak, Takutkan Dengan Bunyi Kuntilanak Mengilai, Bahaya Trend Sampah Ni! [VIDEO]

Cuba Prank Kurung Anak, Takutkan Dengan Bunyi Kuntilanak Mengilai, Bahaya Trend Sampah Ni! [VIDEO]

JIKA ditelusuri perkongsian video di TikTok, ramai yang teruja turut menyahut pelbagai cabaran yang menjadi ‘trending’ dari semasa ke semasa.

Terbaharu, ramai yang berkongsi video melakukan ‘prank’ terhadap anak kecil masing-masing dengan meninggalkan mereka terkunci di dalam bilik yang dipasang audio dikatakan seperti pontianak mengilai.

Rakaman video turut dibuat untuk melihat reaksi si kecil dengan rata-ratanya menangis ketakutan malah berkali-kali cuba memulas tombol pintu kerana mahu keluar dari bilik.

Apa yang menyedihkan, video-video ini dianggap melucukan dengan ramai netizen menjadikannya sebagai bahan ketawa.



VIDEO DIBAWAH:-

Ia ini turut mendapat ulasan daripada laman advokasi kesihatan, Public Health Malaysia (PHM) yang menyelar trend yang dianggap ‘sampah’ tersebut.

“Ada yang ketakutan sehingga memanjat tombol pintu. Ada yang menangis berteriakan menutup telinga dan wajah. Memang trauma!

“Segalanya dilakukan demi secebis perhatian di media sosial dengan harapan video mendapat FYP dan masuk beranda, beberapa like dan follower baru.



Anak adalah amanah Allah yang patut dilindungi, bukan dipermainkan. Gambar hiasan

“Tuan puan, ibu bapa merupakan individu yang paling dipercayai, paling rapat dan paling penting untuk dunia kanak kanak, apabila kepercayaan ini terhakis dan luntur akibat tindakan prank sebegini, ia akan memberi kesan dari segi personaliti dan emosi anak anak.

“Tolong hentikan trend ini, ia ternyata tidak berbaloi dengan parut emosi yang ditinggalkan,” kongsi PHM di laman Facebook.

Menurut PHM lagi, prank sedemikian akan memberi kesan jangka panjang di mana anak-anak cenderung menjadi:



1)Penakut

2)Terlalu sensitif

3)Pemarah

4)Pendendam

“Anak adalah anugerah, bukan bahan untuk dipermainkan untuk hiburan,” tulis laman tersebut.

Sehingga kini perkongsian PHM di Facebook meraih sehingga 9,800 share dan dibanjiri ribuan komen netizen yang rata-ratanya menyelar perbuatan tersebut.

Cuba Prank Kurung Anak, Takutkan Dengan Bunyi Kuntilanak Mengilai, Bahaya Trend Sampah Ni! [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker