Kini Selesema Tomato pula menular
NEW DELHI – Doktor-doktor memberi amaran mengenai virus baharu mengakibatkan demam yang digelar ‘selesema tomato’ kini menjangkiti berpuluh-puluh kanak-kanak di India, lapor laman berita MailOnline kelmarin.
Wabak tersebut mula dikesan pada Mei lalu di negeri Kerala, selatan India, manakala pakar-pakar perubatan sedang meneliti kemungkinan selesema tomato adalah varian baharu bagi penyakit tangan, kaki dan mulut.
Setakat ini, seramai 82 kanak-kanak di bawah umur lima tahun disahkan menghidap selesema tomato sejak Mei lalu sementara 26 lagi kanak-kanak berusia sehingga umur 10 tahun juga disyaki telah dijangkiti.
Penyakit itu mendapat namanya kerana ‘letusan’ lepuh merah yang menyakitkan muncul di seluruh badan pesakit dan beransur-ansur membesar menjadi saiz buah tomato.
Kebanyakan pesakit mengalami demam panas dan sakit sendi yang teruk, namum simptom lain seperti keletihan, sakit dan cirit-birit juga dilaporkan.
Doktor-doktor mengatakan bahawa selesema tomato sangat mudah berjangkit dan bimbang penyakit itu boleh menular dalam kalangan populasi orang dewasa jika wabak semasa tidak dapat dikawal.
Wabak selesema tomato muncul ketika dunia masih bergelut dengan pandemik Covid dan penularan cacar monyet.
“Kanak-kanak menghadapi peningkatan risiko terdedah kepada selesema tomato kerana jangkitan virus adalah mudah dalam kumpulan umur ini dan penyebaran berlaku mungkin melalui sentuhan dan kontak rapat.
“Anakkecil juga mungkin terdedah kepada jangkitan melalui penggunaan lampin, sentuhan dengan permukaan tidak bersih dan memasukkan barang ke dalam mulut.
“Memandangkan persamaannya dengan penyakit tangan, kaki dan mulut, wabak selesema tomato pada kanak-kanak mungkin membawa akibat yang serius dan merebak kepada orang dewasa sekiranya tidak dikawal dan dicegah ” kata beberapa doktor yang menulis dalam jurnal saintifik The Lancet Respiratory Medicine.
Gejala utama pada kanak-kanak yang menghidap selesema tomato juga menyerupai chikungunya iaitu penyakit bawaan virus mirip demam denggi dan disebarkan oleh nyamuk Aedes serta endemik di beberapa bahagian di India.
Kesemua 82 kanak-kanak yang disahkan menghidap selesema tomato pada mulanya diuji negatif untuk demam denggi, chikungunya, virus zika, virus varicella-zoster dan herpes.
Selain lepuh, pesakit mengalami keletihan, loya, muntah, cirit-birit, demam, dehidrasi, bengkak sendi dan sakit badan.
Pada masa ini, tiada kit ujian atau rawatan untuk virus itu.
Pakar-pakar perubatan berkata, semua pesakit perlu diasingkan selama lima hingga tujuh hari dari permulaan simptom dan perlu berehat, minum banyak air di samping mengambil ubat paracetamol.
Span yang dicelup dalam air suam boleh digunakan untuk membantu melegakan kerengsaan akibat ruam.
Virus itu pertama kali dikesan di Kollam, timur Kerala pada 6 Mei lalu.
Jangkitan juga direkodkan di tiga kawasan lain di Kerala iaitu Anchal, Aryankavu, dan Neduvathur.
Selain itu, sebanyak 26 lagi jangkitan dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur satu tahun hingga sembilan tahun di negeri Odisha, timur laut India.
Jabatan Kesihatan Kerala sedang memantau penularan dan meletakkan negeri jirannya, Tamil Nadu dan Karnataka dalam keadaan berjaga-jaga.
Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan berkenaan dari Kolej Farmasi L. M. di Gujarat, India dan Universiti Victoria di Melbourne, Australia, berkata, virus selesema tomato tidak mengancam nyawa.
Semua pesakit yang direkodkan telah pulih secara semula jadi dalam masa satu minggu hingga dua minggu.
Asal-usul jangkitan itu masih tidak jelas. Walaupun beberapa simptom selesema tomato seperti demam, keletihan dan sakit bertindih dengan Covid, kedua-dua virus itu tidak berkaitan.
Pakar-pakar perubatan sama percaya bahawa virus itu boleh menjadi varian baharu penyakit tangan, kaki dan mulut yang kebanyakannya memberi kesan terhadap kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lemah sistem imunisasi badan.
Selesema tomato muncul ketika dunia bergelut dengan wabak lain di samping gelombang Covid yang berulang.
Lebih daripada 35,000 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh dunia, di mana sejumlah 3,195 kes penyakit itu dilaporkan di Britain dan 14,115 lagi di Amerika Syarikat.
Sementara itu, virus Langya yang menyebabkan simptom seperti selesema telah dikesan dalam kalangan 35 orang di China. Ia pada mulanya mencetuskan kebimbangan berulangnya wabak seperti pada 2020.
Bagaimanapun, saintis-saintis terkemuka memberi jaminan kepada orang ramai bahawa virus Langya tidak merebak dengan cepat antara manusia seperti Covid-19. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen
You must be logged in to post a comment.