Gadis autism dibawa lari ke Kelantan disyaki dirogol lelaki Rohingya
KOTA BHARU – Seorang gadis autism yang dilaporkan hilang di Kulai, Johor pada Sabtu lalu sebelum ditemui di Kampung Sat, Tanah Merah dekat sini kelmarin dipercayai dirogol seorang guru al-Quran yang juga merupakan lelaki etnik Rohingya.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mengikut laporan mangsa, gadis yang berusia 16 tahun itu dirogol beberapa kali oleh suspek bermula hari Ahad hingga Khamis lalu.
Menurutnya, siasatan mendapati, suspek berusia 23 tahun dan polis sedang membuat semakan mengenai kesahihan dakwaan yang mengatakan lelaki itu merupakan guru al-Quran.
“Polis sebelum ini menerima maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai mengenai kes orang hilang. JSJ IPD Tanah Merah telah membuat serbuan di Kampung Sat berpandukan kedudukan mangsa yang sempat menghantar lokasinya melalui telefon bimbit kepada ahli keluarga.
“Polis telah menyelamatkan mangsa kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin dan gadis itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Muhamad Zaki, mengikut keterangan mangsa, suspek yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp membawanya menaiki bas dari Skudai, Johor Bahru ke Tanah Merah kira-kira pukul 9.30 malam pada Sabtu lalu.
Katanya, mangsa juga memaklumkan dia dirogol beberapa kali oleh lelaki itu keesokan harinya sehingga Khamis lalu.
Tambahnya, lelaki Rohingya itu kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, kebimbangan sebuah keluarga yang kehilangan anak perempuan mereka di Kulai sejak Sabtu lalu berakhir apabila remaja itu ditemui selamat di Tanah Merah dekat sini kelmarin.
Keluarga mangsa mendakwa, gadis itu dikatakan tidak diberi makan secukupnya sepanjang tempoh itu selepas dibawa seseorang individu yang mereka tidak kenali
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen