Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan meningkat – Ismail
Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan meningkat – Ismail
PRESTASI perbelanjaan peruntukan pembangunan (DE) bagi tahun ini sehingga 15 Ogos lalu mencatatkan peningkatan sehingga 50.35 peratus berbanding 26.4 peratus pada 15 April, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa semua kementerian meningkatkan prestasi perbelanjaan masing-masing.
“Peruntukan yang tidak dibelanjakan perlu diserahkan kembali kepada Kementerian Kewangan untuk diagihkan semula kepada kementerian-kementerian yang memerlukan,” kata beliau.
Ismail Sabri berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pemantauan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Putrajaya hari ini.
Mesyuarat itu dihadiri oleh Menteri-menteri Kanan serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu dan juga Jawatankuasa Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara (JP4N) akan terus meneliti isu dan cabaran semasa bagi mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dalam tempoh RMK-12, demi manfaat kepada Keluarga Malaysia.
Kata beliau, mesyuarat turut bersetuju agar Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK-12 bagi meneliti dan menyemak semula dasar dan sasaran sedia ada agar matlamat pembangunan yang disasarkan dapat dicapai.
“Proses ini akan bermula pada September 2022 hingga September 2023,” kata beliau. E9
Prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan meningkat – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen