Bajet 2023: Dinamik dan fleksibel – Shahar
Bajet 2023: Dinamik dan fleksibel – Shahar
Kerajaan memberi jaminan Bajet 2023 yang akan dibentangkan Oktober ini, bersifat dinamik dan lebih fleksibel.
Timbalan Menteri Kewangan l, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, agenda kesejahteraan rakyat terutama dalam aspek ekonomi dan perlindungan sosial, sentiasa diambil kira dan menjadi keutamaan kerajaan termasuk dalam penyediaan formula Bajet 2023.
Justeru, sebarang penambahbaikan atau pelarasan semula bajet boleh dilaksanakan, sekiranya ia didapati mempunyai lompang atau kelemahan.
“Kita ada pengalaman pada 2021 apabila, kita bentangkan bajet untuk perusahaan mikro dan sederhana, tetapi jumlah itu tidak cukup dan perlu ditambah semula.
“Jadi saya nak beritahu bahawa Bajet 2023 ini nanti adalah bersifat dinamik dan tidak statik. Walaupun kita dah bentang dan dapati tidak memenuhi kepentingan rakyat, boleh dilakukan penambahbaikan kerana yang paling penting, hasrat rakyat tercapai dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam dan Sesi Libat Urus Bersama Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Pertubuhan Warisan Pendidikan Negeri Terengganu (PEWARIS) Sempena Jelajah Bajet 2023, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, di sini malam tadi.
Terengganu merupakan negeri ketiga yang dilawati selepas Johor dan Kelantan.
Dalam pada itu, Mohd Shahar berkata, kerajaan juga terbuka kepada sebarang sebarang kritikan dan lontaran idea yang bersifat kritikal, dalam penyediaan bajet 2023.
Beliau berkata, ia bagi memastikan bajet 2023 yang dibentangkan nanti, berasaskan fakta dan mengutamakan denyut nadi rakyat. “Sebab itu kita turun untuk dengar sendiri komen dan idea daripada rakyat akar umbi. Kita tak mahu dengar komen bersifat ‘kosmetik’ sekadar jaga hati kerajaan,” katanya. MG
Bajet 2023: Dinamik dan fleksibel – Shahar
Baca Artikel Menarik:
- Teh o ais kayangan RM5, kedai dikenakan kompaun
- Peniaga nasi ayam & itik viral berdosa perlu bertaubat dan mohon maaf – Mufti
- Ayid penkid sentiasa berpakaian lelaki
- Proton Exora 2023 dengan harga bermula RM62,800
- Keberanian Ismail Sabri memimpin semakin diakui
- Umno tak beri pimpinan negeri autonomi kerjasama dengan PAS, Bersatu
- Anak perempuan The Rock penyambung legasinya dalam WWE
- Alhamdulillah, isteriku sudah bertudung – Sonny Bill
- Ira Kazar dipanggil Jawi
- Adakah kertas siasatan kes Nazlan yang bocor sah, SPRM disoal
- Tindakan kejam! Brigedier Jeneral Indonesia tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting
- Aksi berbalas ciuman Meerqeen dengan selebriti Indonesia dikecam
- Sindir pihak berkuasa, jalan berlubang jadi ‘kebun’ pisang [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri
Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)
MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen