5 projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion – Ismail

5 projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion – Ismail

Kerajaan persekutuan akan menyegerakan projek-projek bagi memastikan kejadian banjir buruk yang pernah melanda Selangor tidak akan berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak lima projek tebatan banjir melibatkan peruntukan sebanyak RM4. 7 bilion akan dilaksanakan.

“Usaha ini akan disegerakan bagi mengelak kejadian banjir teruk yang menjejaskan kesejahteraan penduduk, ekonomi negeri dan negara berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Selangor di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengambil langkah proaktif merancang pendekatan baharu termasuk pembinaan infrastruktur yang sesuai di negeri tersebut.

Jelas Ismail Sabri, ini termasuk menyediakan perumahan kepada rakyat terutama kumpulan B40 dan M40.

“Suka saya maklumkan, selaras dengan aspirasi Satu Keluarga Satu Rumah, sebanyak 14,329 buah rumah di negeri Selangor siap dibina sehingga bulan Jun 2022 di bawah pelbagai program perumahan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM),” tambah beliau.

Terdahulu katanya, sebanyak RM6.3 bilion peruntukan telah diluluskan Kerajaan bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor, di bawah Rolling Plan Kedua tahun 2022, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). MG

5 projek tebatan banjir di Selangor dengan peruntukan RM4.7 bilion – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker