Wanita secara tak sengaja miliki 84 rumah bernilai RM2 bilion akibat kesilapan ‘copy paste’

Wanita secara tak sengaja miliki 84 rumah bernilai RM2 bilion akibat kesilapan ‘copy paste’

HANYA dengan satu kesilapan pada dokumen, wanita di Nevada, Amerika Syarikat ini secara tidak sengaja membeli 84 buah rumah bernilai lebih RM2 bilion.

Dengan hanya kesalahan menaip, wanita yang awalnya hanya membeli satu rumah secara tidak langsung memborong semua kediaman di kawasan perumahan tersebut termasuk dua ruang yang dikongsi dengan jumlah totalnya 86 buah hartanah.

Menurut media Reno Gazette Journal, kesalahan administratif itu membuatkan wanita yang tidak didedahkan namanya hanya perlu membayar USD$594,481 (RM2,649,007.34) iaitu harga sebuah rumah yang dibelinya.

“Nampaknya Westminster Title dari Las Vegas mungkin telah menyalin dan menampal perihal undang-undang daripada pemindahan Toll Brothers yang lain ketika menyediakan surat ikatan [pembeli rumah] untuk direkodkan,” kata Timbalan Ketua Penilai Washoe County, Cori Burke.

Pada dokumen yang bertarikh 25 Julai 2022 itu, wanita berkenaan dinyatakan memiliki ‘Lot 1 hingga 85 … dan Kawasan A serta B.’

Kesilapan itu mengakibatkan kerugian sebanyak USD$50 juta (RM2,22,975,000). Justeru, pihak pemaju perlu bekerja keras mendapatkan kembali hartanah yang telah berpindah milik.

“Oleh kerana jelas kesilapan telah dibuat, bahagian penilaian kami menghubungi Westminster Title dengan serta-merta supaya mereka boleh mula berusaha untuk membetulkan rantaian hak milik untuk 86 hartanah yang dipindahkan secara salah,” sambung Burke.

Kesilapan ‘copy-paste’ sebegini menurutnya berlaku kerap. Dalam kes ini, wanita terbabit harus mengembalikan hak milik pemaju terbabit. SPlus

Wanita secara tak sengaja miliki 84 rumah bernilai RM2 bilion akibat kesilapan ‘copy paste’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker