‘Kerusi MN’ sandiwara PAS tumpang kekuatan BN
‘Kerusi MN’ sandiwara PAS tumpang kekuatan BN
Veteran Umno menolak cadangan pemimpin PAS untuk kedua-dua parti bekerjasama bagi mengelakkan pertembungan di 27 kerusi yang berisiko jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub berkata, parti itu tidak perlu termakan dengan cadangan berkenaan untuk PAS menumpang kekuatan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU15, selepas menyedari ia tidak mampu bergantung dengan kekuatan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
“Ini sandiwara PAS saja, Umno tak perlu layan. Mereka sudah buat keputusan bersama PN dan Bersatu, kita juga sudah buat keputusan akan bergerak solo, tak payah timbul lagi cerita nak kerjasama, runding dan sebagainya.
“Soal risiko hilang kerusi kepada PH, jika PAS-Umno bertembung, kita hadap saja, tak kira dua penjuru, tiga penjuru, kita lawan sajalah.
“PAS sudah sedar kedudukan mereka dalam PN, ibarat melukut di tepi gantang saja, dulu mereka nak menumpang Bersatu, tapi ternyata Bersatu tumpang PAS, sekarang nak tumpang kekuatan jentera BN,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Zuhdi Marsuki dilaporkan berkata, Umno dan PAS perlu kembali ke meja rundingan bagi memastikan dua parti itu tidak bertembung di 27 kerusi.
Beliau turut mencadangkan kerusi itu dinamakan “kerusi Muafakat Nasional (MN)” bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan kedua-dua parti.
Pada PRU14, katanya, 20 daripada 27 kerusi di Semenanjung Malaysia jatuh ke tangan PH sehingga menyaksikan gabungan itu berjaya menjadi kerajaan.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan kemudian menyambut baik cadangan itu.
Mustapha berkata, PAS seolah-olah meninggalkan MN, apabila bersetuju menubuhkan PN bersama Bersatu.
“Jadi, PAS tak perlu longgok kesalahan kepada Umno, kononnya tak mahu bekerjasama.” FMT
‘Kerusi MN’ sandiwara PAS tumpang kekuatan BN
Baca Artikel Menarik:
- Crackhouse tutup selamanya, pemilik disenarai hitam daftar lesen niaga di KL
- Zaid bidas pengkritik ‘angkuh’
- Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis
- Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit
- 5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS berlaku
- Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah
- Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh
- Mertua tangkap menantu curang ketika suami pertaruh nyawa di tengah laut
- Warga emas dicekup berkhalwat merayu dilepaskan
- Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula
- Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah
- Pemain pertahanan Manchester City didakwa perkosa 7 wanita
- Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)