Gerai mi celup terbakar lepas dihempap pokok tumbang
GUA MUSANG – Seramai 20 orang pelanggan yang sedang menjamu selera di sebuah gerai mi celup nyaris maut apabila sebatang pokok kelampayan yang sedang ditebang tumbang menghempap premis tersebut sebelum terbakar di Kampung Kala Baru di sini hari ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami pemilik dan pelanggan di gerai tersebut dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Seorang saksi, Mohd. Noor Pa’su, 66, berkata, ketika kejadian, dia bersama pelanggan lain sedang minum dan makan mi celup di gerai tersebut.
Katanya, semasa kejadian, mereka tahu seorang penduduk kampung sedang melakukan kerja penebangan pokok kelampayan berusia 30 tahun yang terletak di belakang gerai.
“Saya dan pelanggan lain berlari keluar dari kedai terbabit selepas mendengar dentuman pokok tumbang yang menghempap bahagian dapur gerai.
“Tidak lama kemudian, api dapur tiba-tiba berasap dan membakar seluruh bahagian gerai. Saya sempat menjerit kepada pelanggan lain untuk mengalihkan beberapa buah motosikal dan kereta yang diparkir di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Suami kepada pemilik kedai, Harun Che Tengah, 57, berkata, semasa kejadian, isterinya Asmah Muhammad, 37, sedang berniaga mi celup di gerai tersebut.
“Pokok kelampayan setinggi 20 meter itu terletak di belakang kedai. Ia terpaksa ditebang kerana bimbang akan menghempap gerai sekiranya berlaku kejadian ribut dan hujan lebat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Mohd. Arifuddin Akif Mohd. Noor ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan pada pukul 12.39 tengah hari dan seramai 10 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang terletak 30 kilometer dari Balai Bomba Gua Musang. – KOSMO! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Peguam utama Najib mahu tarik diri kerana tidak diberi masa
- Cara ‘Founder’ Kosmetik Tipu Netizen
- Buat ‘live’ solat, memang saya nak menunjuk – Ifa Raziah
- Doktor minta pasukan Dr. Sheikh Muszaphar henti jual produk kepada pesakitnya
- Keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan – Tok Mat
- Pergaduhan di kebun sayur, seorang lelaki maut dibunuh
- Ahli perniagaan saman CTOS, CIMB atas dakwaan salah lapor kredit
- Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis
- Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang
- Pencuri larikan telefon ketika buat mangsa sedang ‘live’ [VIDEO]
- Air mani jadikan kulit berseri?
- Polis siasat kes ‘pensyarah terlampau’
- Tukar RXZ Dengan Tanah Lot, Tindakan Penjual Ini Buat Netizen Terkejut
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman
You must be logged in to post a comment.