Barangan asas jenama COOP dijual bermula di AKM Selangor
Barangan asas jenama COOP dijual bermula di AKM Selangor
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan melaksanakan jualan lima barangan keperluan asas dengan jenama COOP mulai Jumaat ini.
Barangan berkenaan merangkumi gula, minyak masak, tepung, beras dan ayam beku yang akan dijual pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.
Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pelancaran jualan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sempena perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor pada Jumaat.
Penganjuran Jelajah AKM Selangor yang diterajui kementerian itu akan diadakan tiga hari bermula Jumaat ini di Tapak Karnival, Perkarangan Stadium Shah Alam dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
“Istimewanya AKM Selangor ini, kita akan beri manfaat kepada usahawan dan rakyat dengan penganjuran jualan murah dan jualan ‘happy hour’ termasuk ayam yang akan dijual RM5 seekor.
“Pelbagai barangan keperluan lain seperti gula, minyak masak, beras, tepung juga akan dijual lebih murah dari harga pasaran,” katanya ketika menjadi tetamu di Ruang Bicara BERNAMA TV, malam ini.
Beliau berkata, usaha itu selaras dengan permintaan Perdana Menteri yang mahu kementeriannya melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia, berperanan dalam memerangi orang tengah dan membantu rakyat dengan menurunkan harga barangan keperluan.
“Sepatutnya pada 1 September nanti baru kita akan lancarkan lima item (COOP) itu, tetapi Alhamdulillah hasil usaha pegawai kementerian, pelancaran dapat dimulakan sewaktu Perdana Menteri melancarkan Jelajah AKM Selangor nanti,” katanya.
Noh meminta kerjasama orang ramai untuk memantau harga barangan yang dijual di bawah jenama COOP dan sekiranya lebih mahal daripada harga pasaran, mereka diminta membuat aduan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk diambil tindakan ke atas peniaga terbabit.
Katanya, penganjuran Jelajah AKM Selangor bertemakan ‘Usahawan Keluarga Malaysia Penggerak Ekonomi Negara’ turut membabitkan pelbagai bidang keusahawanan termasuk makanan, fesyen, kecantikan serta ruang untuk golongan artis memasarkan produk mereka.
Beliau akan turut terbabit dengan sesi dialog bersama usahawan pada Sabtu, jam 2 petang di Jelajah AKM Selangor bagi memberi ruang kepada usahawan melontarkan soalan berkaitan program pembangunan untuk golongan sasar.
Katanya, ia juga bertujuan berkongsi idea bagi memajukan sektor keusahawanan di Malaysia. BH
Barangan asas jenama COOP dijual bermula di AKM Selangor
Baca Artikel Menarik:
- Crackhouse tutup selamanya, pemilik disenarai hitam daftar lesen niaga di KL
- Zaid bidas pengkritik ‘angkuh’
- Ini Rupanya Pemilik Superyacht Lalu Sungai Perlis
- Netizen tuduh MUDA, Syed Saddiq hipokrit
- 5 bilion orang akan mati jika perang nuklear Russia-AS berlaku
- Cukuplah… saya sudah sedar haram ubah ciptaan Allah
- Penyanyi rock dimasukkan ke ICU Hospital Sungai Buloh
- Mertua tangkap menantu curang ketika suami pertaruh nyawa di tengah laut
- Warga emas dicekup berkhalwat merayu dilepaskan
- Nak undur konon, Aliff Syukri keluar video menari dengan mop pula
- Saintis barat akhirnya berjaya membuktikan bahawa alam bertasbih kepada Allah
- Pemain pertahanan Manchester City didakwa perkosa 7 wanita
- Amirudin tanya Pemuda PAS, teringat pada ‘ex’ ke?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki
Jeslina Hashim dikecam tayang punggung
Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)