Kubu pertahanan berusia 80 tahun masih dipelihara
Kubu pertahanan berusia 80 tahun masih dipelihara
GUA MUSANG: Sebuah kubu pertahanan berusia 80 tahun yang dibina ketika zaman penaklukan Jepun masih kekal menjadi tinggalan sejarah di Kampung Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan.
Kubu yang terletak berhampiran Balai Polis Bertam itu masih dijaga sebagai kenangan dan tidak dilupakan penduduk kampung.
Seorang warga emas Kampung Bertam Baru, Mat Lia Senik, 80, berkata, kubu itu menjadi tempat tentera negara berselindung dan menyerang komunis yang cuba memasuki kampung berkenaan.
Katanya, ketika zaman itu penduduk di kampung berkenaan kerap diganggu pihak komunis.
“Ketika perang Jepun apabila orang putih kalah, serah diri kepada Jepun.
“Dia memerintah selama 4 tahun 8 bulan di Tanah Melayu ini. Masa dia memerintah, dia buat kubu itu, dia buat sebelah sana satu, sebelah sini satu. Untuk jaga dari orang putih. Masa dia memerintah selama 4 tahun 8 bulan. Lepas daripada itu orang putih serang pula,” katanya.
Menurut Hanafi Jusoh, penduduk kampung Bertam Baru akan membersihkan dan memasang bendera di sekitar kawasan kubu itu setiap kali sambutan Hari Kebangsaan.
“Di Kubu itu, ada yang diterokai untuk tanaman dan sebagainya. Jadi yang ada sebagai kenangan di kepala jambatan ini, depan balai polis.
“Itu adalah kubu kekal semasa darurat dulu. Jadi tahun ini masih ada. Segak lagi,” katanya.
Bagi Naim Sulaiman pula, setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, kawasan kubu itu akan dibersihkan bagi mengembalikan nostalgia semasa pemerintahan komunis dulu.
“Kubu itu ada di kedua-dua jambatan bagi memudahkan kawalan keselamatan.
“Sehingga kini kubu itu kalau kita tengok masih lagi dijaga dengan diletakkan satu papan tanda kubu peninggalan penjajah. Kalau kita tengok hari ini pun sempena sambutan Hari Kebangsaan, diletakkan bendera dengan kawasan telah dibersihkan untuk generasi masa depan mudah-mudahan dapat mengembalikan nostalgia semasa pemerintahan komunis dulu,” katanya.
Kubu itu dipercayai dibina pada tahun 1942 ketika zaman penaklukan tentera Jepun di Tanah Melayu. Awani
Kubu pertahanan berusia 80 tahun masih dipelihara
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)
Resepi Roti Boy Aroma Kopi Lemak Manis