Ahmad Maslan harap Najib diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan

SHAH ALAM: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengharapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap pasukan pembelaan Najib akan melakukan yang terbaik dan mempunyai masa yang mencukupi.

“Semoga pasukan pembelaan beliau akan melakukan yang terbaik. Diharap mereka cukup masa. Bersama kita mendoakan.

“Diberitakan beliau akan memberi 94 alasan mengapa dua mahkamah telah terkhilaf dalam membuat keputusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan menetapkan selama sembilan hari mulai Isnin untuk mendengar rayuan Najib supaya dibebaskan dan mengetepikan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes berkenaan.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker