Polis Selamat Wanita Dipaksa Melacur
Polis Selamat Wanita Dipaksa Melacur
Kuala Lumpur: Polis menyelamatkan seorang wanita warga asing yang dipaksa menjadi pelacur dalam serbuan di premis di Taman Fadason, Jinjang, di sini, semalam.
Dalam serbuan 11 pagi itu, sepasukan polis dari Balai Polis Jinjang menyerbu premis terbabit yang disyaki menjadi sarang pelacuran.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seramai 19 orang ditangkap yang mana 18 daripadanya terdiri daripada wanita warga asing berusia antara 25 hingga 39 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.
“Mangsa masuk ke Malaysia dua minggu lalu melalui Stulang, Johor untuk bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (GRO) namun dipaksa menjadi pelacur dan dibawa ke sebuah hotel di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Eng Lai berkata, manakala selebihnya mengaku bekerja sebagai GRO tanpa paksaan dan menerima gaji hasil daripada perkhidmatan ditawarkan.
“Kesemua 17 wanita itu bekerja kira-kira dua tahun di Malaysia dan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Kini kesemua suspek ditahan reman yang mana 17 wanita warga asing ditahan reman selama 14 hari sehingga 27 Ogos ini, manakala lelaki warga tempatan ditahan reman selama enam hari sehingga 19 Ogos ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah juga meluluskan permohonan polis untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari bagi tujuan melindungi dan menempatkan mangsa yang dipaksa menjalankan aktiviti pelacuran di Rumah Perlindungan.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 kerana kesalahan memperdagangkan orang bagi tujuan eksploitasi dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.HM
Polis Selamat Wanita Dipaksa Melacur
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
You must be logged in to post a comment.