Chee How Perlu Letak Jawatan Sebagai ADUN, Bayar Ganti Rugi Kepada PSB – Soon Koh

Chee How Perlu Letak Jawatan Sebagai ADUN, Bayar Ganti Rugi Kepada PSB – Soon Koh

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Tegas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), tindakan Chee How keluar daripada parti telah melanggar perjanjian terkandung dalam watikah pelantikan parti itu.

“Tanggungjawab beliau kini adalah untuk membayar ganti rugi kepada parti jika dia memilih untuk meletak jawatan selepas memenangi PRN sebagai calon PSB, ini termasuk meninggalkan jawatan sebagai ADUN.

“YB See ialah seorang peguam yang berpengalaman, beliau sedar akan komitmen yang telah beliau tulis sebelum penyerahan surat watikah untuk mewakili PSB dalam PRN yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Soon Koh yang juga ADUN Bawang Assan itu berjanji, PSB akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala tindakan dan akan meneruskan komitmen dilaksanakan Chee How sebelum ini.

“PSB telah menerima surat peletakan jawatan daripada Yb See Chee How, pastinya pihak parti kesal dengan keputusan yang telah beliau lakukan, beliau juga sedar kemenangannya dalam PRN juga atas sokongan serta pelbagai sumber daripada PSB dan penyokong-penyokong parti ini,” ujarnya.

Untuk makluman PRN-12 menyaksikan kemenangan empat daripada 70 kerusi yang ditandingi PSB iaitu Bawang Assan, Ba’ Kalalan, Engkelili serta Batu Lintang menjadikan mereka parti dominan blok pembangkang selain dua kerusi DAP.AA

Chee How Perlu Letak Jawatan Sebagai ADUN, Bayar Ganti Rugi Kepada PSB – Soon Koh

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker