Samseng Jalanan ditahan selepas video tular

VIDEO tular di TikTok menunjukkan rakaman aksi penunggamg motosikal secara melulu di Lebuh Raya Lekas di sini.

SEREMBAN – Samseng Jalanan yang juga pemilik akaun TikTok ‘nish V1 buruk’ ditahan polis selepas didapati menunggang motosikal secara melulu serta menyunting dan memuat naik video aksi berbahaya itu di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan di Sikamat di sini selepas satu rakaman video berdurasi 15 saat tular di TikTok.

Nanda berkata, video itu memaparkan beberapa rakaman suntingan antaranya menunjukkan beberapa buah motosikal yang ditunggang secara bersaing sesama sendiri sambil melakukan perbuatan zig-zig, menundukkan kepala serta merapatkan badan ke pemegang motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku lebih kurang pukul 2 pagi, 17 Julai lalu di Kilometer 38 sehingga Kilometer 43 Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) menuju arah Selatan.



“Ia melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 134 berwarna biru hitam tanpa nombor pendaftaran ditunggang oleh lelaki berusia sekitar 20-an seorang diri disyaki pemilik akaun TikTok ‘nish V1 buruk’ sedang melakukan aksi menunggang secara melulu dan bersaing di lorong tengah lebuh raya bersama beberapa buah motosikal yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, selain itu semakan lanjut ke atas beberapa suntingan video lain di aplikasi TikTok milik suspek turut memaparkan satu video yang merakamkan kata-kata suspek seakan mencabar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah berjaya melepaskan diri daripada ditahan ketika satu serbuan operasi samseng jalanan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker