“LCS Bukan Projek Halimunan, Tidak Dibuat Dari Kayu” – BNS Tunjuk Bukti Kemajuan Pembinaan

“LCS Bukan Projek Halimunan, Tidak Dibuat Dari Kayu” – BNS Tunjuk Bukti Kemajuan Pembinaan

LUMUT: “Ia bukan projek kapal halimunan ataupun kapal yang diperbuat daripada kayu. Sebaliknya, kerja-kerja menyiapkannya masih sedang dijalankan.”

Itu penegasan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard (BNS), Ir Azhar Jumaat mengenai perkembangan terkini kerja-kerja pembinaan lima buah kapal tempur pesisir (LCS) di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), dekat sini, hari ini.

Kepada sekumpulan pengamal media, Azhar menunjukkan kelima-lima buah kapal berkenaan yang dalam pembinaan dengan kapal pertama sudah siap 60 peratus.



Sementara kapal LCS kedua sudah siap 48 peratus, LCS ketiga (43 peratus), LCS keempat (36 peratus) dan LCS kelima (22 peratus), jelas Azhar.

“Lima kapal yang dalam pembinaan dengan pelbagai peringkat untuk disiapkan ini menandakan RM6 billion yang dibelanjakan oleh kerajaan itu telah dibuktikan.

“Kapal pertama dengan pembinaan siap 60 peratus ini juga telah kami bentangkan kepada Kabinet. Kami telah menetapkan landasan dan tahap keupayaan, jadi tolong beri kami peluang dan ruang untuk menunjukkan realitinya,” katanya dalam sesi taklimat dan lawatan itu kepada 48 pengamal media.

Ir Azhar Jumaat memberi taklimat kepada wakil media.

Dalam pada itu, Azhar berkata, kewujudan fizikal kelima-lima LCS itu diharap mampu memberi penjelasan sebenar kepada umum bahawa projek berkenaan bukan didakwa melibatkan ‘kapal halimunan’.



Malah, Azhar turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut semua pihak yang terlibat dalam projek berkenaan dengan sengaja mahu mengelirukan pihak Istana sewaktu pelancaranya pada Ogos 2017.

“Ramai buat dakwaan projek ini projek halimunan dan kapal dibuat daripada kayu, malah didakwa Sultan Perak dikelirukan. Semua dakwaan ini tidak benar.

“Ini bukan kapal halimun, tetapi kapal besi yang sebenar bukan buat daripada kayu. Lebih penting ini bukan replika ini, ini kapal sebenar,” katanya.

Dalam lawatan sekitar dua jam itu, media yang hadir dibawa melihat sendiri perkembangan pembinaan LCS pertama dan meninjau gudang simpanan kapal BNS yang menempatkan perkakasan berkaitan projek LCS.



Projek LCS mula mencuri tumpuan apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) mendedahkan bahawa kira-kira RM6 bilion telah dibelanjakan, namun tidak ada satu kapal pun yang telah disiapkan.

“LCS Bukan Projek Halimunan, Tidak Dibuat Dari Kayu” – BNS Tunjuk Bukti Kemajuan Pembinaan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker