Khairuddin: Saya lebih risau kerugian umat Islam dalam Umno, PAS

Membalas kritikan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali menegaskan yang dia lebih risau akan kerugian umat Islam dalam Umno dan PAS ekoran peluang muafakat disia-siakan.

Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS itu berkata, umat Islam dalam dua parti dominan itu kerugian jika perpecahan berlaku sekali lagi selepas mereka meleraikan persengketaan politik lebih 44 tahun.

“Mempertimbangkan antara kerugian peribadi dengan kerugian pada umat Islam.



“Saya tidak bersedia untuk umat Islam seramai 3.2 juta dalam Umno dan 1 juta dalam PAS kerugian peluang bermuafakat, bersatu, bercantum dan berdamai setelah bertelingkah 44 tahun sejak 1978.

“Pemimpin perlu bersifat mencantum bukan mencarik, menyatu bukan memecah, menjinakkan bukan meliarkan, berhemah bukan bertelingkah, menyejukkan bukan memanaskan, meredakan bukan meledakkan.

“Ya Allah. Saya telah menyampaikan. Maka berikanlah kesaksian,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Khairuddin turut memuat naik artikel memetik kenyataan Idris yang mendakwa Khairuddin yang dalam kerugian kerana meninggalkan PAS.



Idris dipetik Malaysiagazette berkata PAS tidak pernah merasakan tindakan tidak meneruskan kerjasama politik dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) sesuatu yang merugikan parti itu.

Sebaliknya dia melihatkan tindakan sesetengah pemimpinnya termasuk Khairuddin meninggalkan parti itu lebih merugikan.

“Sebenarnya Khairuddin itu rugi tinggalkan PAS, itu jawapan saya,” kata Idris.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker