Pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak sendiri kerana harta

Pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak sendiri kerana harta

NEW DELHI: Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.

Veena, 74, dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan pihak berkuasa, anak lelakinya mengaku membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham membabitkan hartanah bernilai RM6.4 juta.

Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

Difahamkan, selepas membunuh ibunya, Sachin telah membuang mayat Veena ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.

Veena pernah terbabit dalam drama ‘Bhabhi’ yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, antara filem lain lakonan Veena ialah ‘Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna’, ‘Dal: The Gang’ dan ‘Bandhan Pheron Ke’. BH

Pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh anak sendiri kerana harta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker