Pukul dan kunci isteri di luar rumah, warga Pakistan dipenjara



Sebaran :


SEORANG penganggur warga Pakistan dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana memukul isteri menggunakan wayar pengecas telefon bimbit

Majistret, Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Irfan, 28, yang mengaku bersalah mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang merupakan warga India, Gurpreet Kaur, 25,.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara memukul belakang badan isterinya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Jalan Bandar Puteri, Puchong, pada 11 malam, 25 September 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah turut memerintahkan Mohamad Irfan, yang sebelum ini bekerja sebagai pemasang kipas siling, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 26 September 2020.



Mengikut fakta kes yang dilapor BERNAMA, pada 26 September tahun lalu, isteri tertuduh membuat laporan polis apabila beliau dikunci di luar rumah bersama anak lelaki mereka selepas wanita itu dipukul di bahagian belakang badan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Baca artikel berkaitan: Lelaki didakwa pukul anak tiri hingga mati angkara tak tahu guna tandas

Lelaki itu kemudiannya ditahan oleh pihak polis di tempat kejadian sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon hukuman berat mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa adalah serius namun peguam, Ammanjeet Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama pada masa akan datang. Utv

Kemaluan lelaki Pakistan dipotong 4 lelaki di Klang


Sebaran :


Leave a Reply