Man Siam Dituduh Membunuh

KOTA BHARU: Seorang penjaga reban ayam yang juga dikenali sebagai ‘Man Siam’ didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sulaiman Yaacob, 22, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga warganegara Thailand didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, bertempat di sebuah reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas, Kota Bharu jam 11.30 malam hingga 11.46 malam, pada 19 Mei 2021.



Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Media ini sebelum ini melaporkan, seorang penjaga reban ayam menikam seorang lelaki sehingga mati selepas mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur di kampung Che Arus, Kok Lanas, Kota Bharu, 19 Mei lalu.

Dalam kejadian pada 11.46 malam itu, suspek dilaporkan melarikan diri sebelum ditangkap pada keesokan harinya ketika bersembunyi di dalam semak berhampiran lokasi kejadian.-Awani

Sempat ‘kebumi’ kaki ibu sebelum maut ditikam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker