Siti Kasim bertanding Parlimen Batu pada PRU15?
Siti Kasim bertanding Parlimen Batu pada PRU15?
Parlimen Batu dijangka menjadi antara kerusi paling panas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana dikatakan menjadi tumpuan ramai calon bebas.
Cakap-cakap politik mula berlegar apabila antara yang dikatakan akan bertanding adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim yang dikenali Siti Kasim.
Selain itu difahamkan sekurang-kurang tujuh calon bebas bakal menawarkan diri selain calon dari parti-parti lain di kawasan yang sama.
Parlimen Batu dianggarkan memiliki seramai 112,000 pengundi selepas diambil kira pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik.
Pecahan undi mengikut kaum di kawasan itu adalah Melayu sebanyak 43 peratus, Cina (30 peratus), India (20 peratus) dan lain-lain tujuh peratus.
Ia merupakan kubu kuat PKR di mana sejak 2008, Tian Chua telah memegang selama dua penggal namun pada 2018 kerusi itu dimenangi oleh calon bebas , M. Prabakaran dengan majoriti yang tinggi selepas Tian Chua tidak layak bertanding ketika itu.
Selepas memenangi kerusi itu pada PRU-14, Prabakaran telah menyertai PKR. Beliau dijangka bertanding semula di Parlimen Batu berdasarkan kekuatan sebagai wakli rakyat sekarang apatah lagi berjaya mengalahkan Tian Chua untuk jawatan Ketua Cabang PKR baru-baru ini.
Namun selain calon Bebas, Prabakaran dijangka menerima saingan daripada Parti Gerakan selepas keluar dari komponen Barisan Nasional dan menyertai Perikatan Nasional.
Pada masa sama, kerusi Parlimen Batu juga menjadi idaman menjadi rebutan antara UMNO dan MCA. Bagaimanapun MCA Batu dilhat kurang aktif.
Baru-baru ini, MCA Batu membawa resolusi untuk mengambil kerusi Parlimen Batu dengan mempertengahkan Datuk Yeu Tiong Look yang lebih kenali YTL sebagai calon dari Bahagian Wangsa Maju.
Bagaimanapun usaha itu dilihat sukar kerana MCA tidak begitu aktif dan Datuk YTL tidak pernah kelihatan di Parlimen Batu untuk bertanding sebagai calon payung terjun.
Perikatan Nasional pula diramal akan memberi laluan kepada calon bukan Melayu iaitu S. Gobi Krishnan yang merupakan Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Parti Bersatu yang juga Ketua Sayap Bersekutu Parti Bersatu Parlimen Batu.
Bagi UMNO, parti itu mempunyai beberapa pilihan calon seperti Datuk Seri Yahaya Mat Ghani yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Batu selama tiga penggal.
Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional. Nama Gulam Muszaffar Gulam Mustakim juga boleh ditonjolkan sebagai kerana beliau memiliki kelebihan sebagai bekas Ketua Pemuda Bahagian dan kini adalah Setiausaha UMNO Bahagian Batu. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Batu selain rajin menjalankan tugas- tugas peringkat Bahagian UMNO. MG
Siti Kasim bertanding Parlimen Batu pada PRU15?
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.