Penyatuan semula Taiwan secara aman agak mustahil
BEIJING – Pemerintah China telah mengeluarkan laporan kertas putih khas menyatakan hasrat untuk mengadakan penyatuan semula secara aman dengan Taiwan, lapor laman berita RT kelmarin.
Bagaimanapun, kata Beijing, perkara itu agak mustahil untuk dicapai jika dilihat pada situasi terkini.
Dalam kertas putih itu, Beijing menegaskan bahawa campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal dalaman Taiwan dan usaha menggalakkan pemisahan pulau itu dengan Tanah Besar China menjadi antara sebab utama penyatuan secara aman mungkin tidak akan berlaku.
“Kami cuba memberi kerjasama terbaik dan mengerahkan usaha terbaik kami untuk mencapai penyatuan semula secara aman.
“Bagaimanapun, kami sama sekali tidak akan menolak penggunaan kekerasan dan kami mempunyai pilihan untuk mengambil semua langkah yang perlu,” demikian menurut dokumen dasar itu.
Menurutnya, pelan kontingensi termasuk penggunaan tentera perlu dilakukan bagi menepis sebarang campur tangan luar dan semua aktiviti propemisahan.
Tegas Beijing, pihaknya akan menggunakan kekerasan hanya jika terpaksa berbuat demikian sekiranya ada pihak lain bertindak melampaui batas.
Kertas putih itu menetapkan tuntutan kedaulatan China ke atas Taiwan berdasarkan faktor sejarah, undang-undang antarabangsa dan aspirasi rakyat China.
Beijing juga menyatakan, hubungan rentas selat dengan Taipei menjadi bertambah baik sejak beberapa dekad lalu.
China melihat penyatuan semula secara aman dengan Taiwan di bawah aturan ‘satu negara, dua sistem pentadbiran’ yang akan membolehkan Taipei mengekalkan dasar domestiknya.
Beijing menyalahkan peningkatan ketegangan berterusan di Selat Taiwan sebagai berpunca daripada pakatan anti-China yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).
“Mereka (AS) bekerja untuk menghasut kumpulan-kumpulan tertentu di Taiwan supaya mencetuskan masalah dan menggunakan Taiwan sebagai bidak dalam komplot menentang China.
“Jika tidak dikawal, usaha ini akan berterusan meningkatkan ketegangan di Selat Taiwan, memburukkan lagi hubungan China-AS dan merosakkan kepentingan AS sendiri,” tegas laporan sama.
Sebarang percubaan untuk mengambil pulau itu dari China adalah bertentangan dengan kehendak 1.4 bilion rakyat China, termasuk 23 juta yang tinggal di Taiwan sendiri. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.