Ambil Maklum ! Kajian Zoe Covid Dapati Sakit Tekak Kini Gejala Paling Biasa Covid-19 Dialami

Ambil Maklum ! Kajian Zoe Covid Dapati Sakit Tekak Kini Gejala Paling Biasa Covid-19 Dialami

MEMASUKI fasa peralihan endemik, negara kini menyaksikan peningkatan ketara kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 10 Julai hingga 17 Julai lalu atau Minggu Epidemiologi (ME) 28/2022, jumlah kes baharu meningkat 23.4 peratus iaitu 26,355 kes berbanding 21,355 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau dalam kenyataan pada Isnin memberitahu bahawa peningkatan paling tinggi membabitkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu sebanyak 26.6 peratus atau 30 kes kepada 38 kes, manakala bagi penularan tempatan meningkat 23.4 peratus (21,325 kes kepada 26,317 kes).

Sementara itu, dalam laporan berasingan, menurut kajian Zoe Covid, sakit tekak kini merupakan simptom paling biasa yang dialami sekiranya seseorang dijangkiti Covid-19, diikuti sakit kepala dan hidung tersumbat.

Sebelum ini, gejala pandemik itu menyaksikan demam serta hilang deria bau dan rasa tetapi ia kini menjadi simptom Covid-19 paling kurang dilaporkan.

Menurut kajian Zoe Covid, ia turut menyenaraikan batuk, suara serak, bersin, keletihan dan sakit otot sebagai gejala yang biasa berlaku sekarang.

Pengasas bersama saintifik dan ketua saintis Zoe, Profesor Tim Spector turut memaklumkan bahawa virus itu masih berleluasa dalam populasi.

Jika sebelum ini, kebiasaan simptom Covid-19 adalah demam serta hilang deria rasa dan bau.

“Sehinggakan jika anda mempunyai sebarang simptom seperti selsema pada masa ini, ia hampir dua kali ganda berkemungkinan adalah Covid berbanding selesema.

“Ini kerana terdapat pelbagai varian Covid-19 yang wujud bersama, seperti varian Omicron BA.2, BA.4 dan BA.5.

“Malah orang yang mempunyai jangkitan lampau atau yang telah diberi vaksin sepenuhnya juga boleh dijangkiti,” katanya.

Utusan Khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr David Nabarro turut memberitahu bahawa virus tersebut sentiasa berkembang dan menjadi ‘terlalu bijak’.

“Virus itu sentiasa berkembang dan berubah, maka itulah sebabnya kita melihat peningkatan kes kerana ia telah berubah sekali lagi, menjadi terlalu bijak untuk kita.

“Ia boleh melepasi pertahanan imun kita dan itulah sebabnya jumlahnya meningkat,” tambah Dr Nabarro dalam temu bual bersama Sky News.

Ambil Maklum ! Kajian Zoe Covid Dapati Sakit Tekak Kini Gejala Paling Biasa Covid-19 Dialami

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker