Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali mengingatkan mereka yang lupa tentang sejarah Muafakat Nasional (MN).
Bagaimanapun, bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas itu tidak menyatakan siapa ‘mereka’ yang dimaksudkan itu.
Mohd. Khairuddin mengimbau kembali pembentukan gagasan yang pernah menyatukan 3.2 juta penyokong UMNO dan satu juta penyokong Pas menjelang ulang tahun ketiga MN pada 14 September ini.
“Muafakat yang menyatukan adik beradik dan sanak saudara yang bergaduh dan berparang di ceruk-ceruk kampung terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Muafakat yang menitiskan air mata 4.2 juta orang Melayu Islam. Muafakat yang menjadikan ahli dua parti lebih matang, harmoni dan mesra dalam berpolitik melainkan oleh segelintir yang masih garang berperang dan berparang.
“Muafakat yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas untuk diusahakan sejak 2015 lagi bukan pada 2018 selepas keputusan pilihan raya umum (PRU), bagi menyatukan umat Islam dan memperkasakan Islam di Malaysia,” katanya dalam hantaran media sosialnya.
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang dahulu lantang bersuara agar Pas mempertahankan hubungan dengan UMNO ketika pucuk pimpinan parti itu lebih cenderung memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau turut mengingatkan kembali tunas permuafakatan antara Pas dan UMNO yang bercambah dengan penubuhan semula Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada mesyuarat induk MPI pada 2016.
Mohd Khairuddin berkata, mesyuarat tersebut telah meletakkan pimpinan Pas dan UMNO atas satu platfom dengan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Haron Din sebagai Pengerusi Kluster Dakwah.
Selain itu, katanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Ketua Kluster Sosial manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Ketua Kluster Politik dan Datuk Ahmad Yakob sebagai timbalannya.
“Seterusnya menyusul persidangan kali pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 12 April 2016 menghimpunkan 87 orang tokoh Islam termasuk daripada UMNO dan Pas,” jelasnya. MG
Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
Baca Artikel Menarik:
- Harga kambing biri-biri Ladoum cecah RM379,000 seekor
- Serabut betul komen dia – Neelofa
- Mengapa Zionis bunuh cucuku
- Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya [VIDEO]
- Saya keluar parti selepas Presiden umum kerjasama dengan Mahathir
- Ceramah, kuliah tak boleh guna pembesar suara luar, jelas Jais
- Berani Mati! Penagih selamba hisap dadah dalam tandas polis
- Kecewa menantu tidak capai piawaian, mak mertua disekolahkan Ustazah
- Marcella Simon keluar Islam
- Suami dibenar minum susu badan isteri, tidak haram
- Fad Bocey turun pangkat?
- Semakin ramai individu bawah 22 tahun lakukan seks
- Itu kapal perang LCS sebenar, kata bekas panglima
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)
Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter
You must be logged in to post a comment.