Dia menghina agama, patut didakwa
Dia menghina agama, patut didakwa
Wanita yang tular di media sosial kerana mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki wajar didakwa kerana menghina agama.
BH Online melaporkan, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak lebih banyak kes seumpamanya berlaku.
“Pertama, hukum wanita menyerupai lelaki atau sebaliknya dilaknat Allah SWT, maknanya ia berdosa. Orang ini tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.
“Tindakannya menunaikan umrah dengan menyerupai lelaki adalah menghina agama dan patut didakwa mengikut enakmen yang ada,” katanya hari ini.
Sejak semalam, tular beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.
Dalam satu hantaran video menunjukkan wanita terbabit menuju ke Raudhah, seorang pengguna Twitter, mengesahkan individu berkenaan adalah wanita dan bekas pekerjanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, banyak perkara yang bercanggah dengan agama dilakukan wanita berkenaan.
“Apabila seorang wanita menunaikan umrah, perlu tutup keseluruhan aurat.
“Jika tidak, tak sahlah ibadat umrah dan perlu bayar dam serta buat semula (umrah),” katanya.
Pada Februari 2020, ahli perniagaan, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat menimbulkan kontroversi kerana mengenakan pakaian jemaah wanita ketika mengerjakan umrah. HM
Dia menghina agama, patut didakwa
Baca Artikel Menarik:
- Benda ‘simple’ pun tak faham, Najib tempelak penyokong PH
- Mat Kilau ‘mengamuk’ dengan pihak penerbit
- Kontroversi video lucah Natasha bunuh kerjayanya?
- Anwar takut bertanding di Port Dickson – Peja
- Sandiwara Mahathir kononnya mahu memperjuang nasib orang Melayu
- 6 Ahli Parlimen Bersatu dipercayai tak tanding PRU15
- Dunia Gempar Bayi Kulit Bersisik Hasil Hubungan Sumbang Mahram, Apa Itu Penyakit Ichthyosis
- Kecam saya, tapi tengok laman lucah – Baby Shima
- Alif Hadi nafi punca Yasmin Hani bercerai
- Jangan lupa sejarah MN satukan Pas, UMNO – Khairuddin
- Pengantin lelaki bongkar isteri curang dengan ipar di majlis perkahwinan
- Satu Dunia Kena Tipu Dengan James Webb
- Wallahi Benci, Rozita Ibrahim Beri Teguran Kepada Aliff Syukri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)
Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib
Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM