Kontrak Zuki Ali sebagai KSN disambung 2 tahun

Kontrak Zuki Ali sebagai KSN disambung 2 tahun

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan perkhidmatan Mohd Zuki Ali sebagai ketua setiausaha negara (KSN) dilanjutkan bagi tempoh dua tahun bermula hari ini hingga 10 Ogos 2024.

Pelantikan semula itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Pelantikan semula Mohd Zuki Ali adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai ketua setiausaha negara masih diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Zuki, 60, dilantik sebagai KSN ke-15 pada 31 Disember 2019, seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan setiausaha persekutuan Sarawak dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan. FMT

Kontrak Zuki Ali sebagai KSN disambung 2 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker