Benarkah Mahathir perjuang nasib orang Melayu?

Gambar Hiasan***

 

Pada 4 Ogos lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Gerakan Tanah Air menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Gerakan Tanah Air melibatkan gabungan parti Pejuang, parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), parti Perikatan India Muslim Malaysia (Iman), parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), badan bukan kerajaan (NGO), ahli profesional dan akademik serta individu tertentu.

Ujar Mahathir, penubuhan Gerakan Tanah Air adalah mencabar UMNO pada PRU-15 selain memperjuangkan golongan Melayu khususnya di luar bandar.

Namun, sejauh manakah gabungan tersebut akan memberi kesan kepada orang Melayu?

 

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/gerakan-tanah-air-gabungan-parti-politik-melayu-menentang-umno-dalam-pru15-tun-mahathir-374500

 

Sedia maklum, pemimpin gabungan berkenaan adalah Mahathir. Kebanyakan orang Melayu tidak lagi meletakkan kepercayaan mereka kepada Mahathir.

Kepimpinan Mahathir ketika membawa Pakatan Harapan (PH) menerajui Malaysia selama 22 bulan sebelum ini, tidak disukai oleh orang Melayu sendiri.

Tambahan pula, Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP yang sebelum ini menjadi ‘musuh’ Mahathir ketika beliau dalam UMNO.

Mahathir sanggup membuat pusingan-U dengan mengadakan kerjasama bersama DAP bagi memastikan beliau dapat merampas jawatan Perdana Menteri ketika PRU-14.

Salah satu perkara yang menjadi pertikaian segelintir orang Melayu ketika zaman Mahathir adalah pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Ketika Guan Eng menjadi Menteri Kewangan, banyak manfaat Bumiputera dinafikan.

Antara perkara dinafikan adalah penolakan cadangan syarat 51% pemilikan Bumiputera dalam syarikat penghantar fret.

Guan Eng berkata, tidak adil bagi syarikat penghantaran barangan yang beroperasi diarah menjual sebahagian pegangan syarikat bagi mematuhi cadangan peraturan itu.

Kenyataan itu jelas menunjukkan agenda DAP yang tidak mahu hak Bumiputera diperluaskan.

Tindakan Mahathir yang sanggup ‘menjatuhkan ego’ untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu ketika itu hanya menambahkan lagi kebencian dalam diri orang Melayu terhadap beliau.

Kesannya itu masih dirasai sehingga kini.

 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/592545

https://malaysiagazette.com/2020/06/25/dap-sudah-banyak-berubah-tun-m/

 

Orang Melayu sebenarnya sudah muak dengan kenyataan Mahathir yang sejak dari dahulu kononnya cuba memperjuangkan dasar Bumiputera.

Kebanyakan orang Melayu percaya bahawa Mahathir hanya memperkenalkan dasar tersebut bagi melindungi dan memberi layanan istimewa kepada golongan elit politik.

Dasar ekonomi Mahathir sebenarnya tidak memihak kepada golongan Melayu miskin sebaliknya untuk memperkayakan golongan elit Melayu dan mereka yang mempunyai kaitan dengan elit politik.

Antara elit politik yang mendapat manfaat daripada dasar tersebut adalah ahli keluarganya sendiri dan perkara ini diketahui umum meskipun Mahathir cuba menafikan.

Pendekatan kronisme Mahathir mengakibatkan jurang golongan Melayu miskin terus semakin jauh ketika era pemerintahannya.

Malahan, orang Melayu tidak lagi tertipu oleh kata-kata manis Mahathir. Dua peluang diberikan oleh orang Melayu kepada Mahathir tidak memberikan pulangan balik kepada golongan terbabit.

 

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/19/dr-m-punca-perpecahan-kaum-kata-p-ramasamy/

 

Orang Melayu tahu Mahathir dikenali sebagai individu yang paling lantang membidas orang Melayu.

Kenyataan seperti ‘Melayu malas’ sebenarnya meninggalkan ‘parut’ kepada golongan Melayu.

Kata-kata seperti itu hanya menimbulkan kebencian dalam kalangan orang Melayu terhadap Mahathir.

Tindakan Mahathir yang seolah-olah mahu membangkitkan semangat orang Melayu, hanya menemui kegagalan.

Perkara itu turut diakui oleh sekutu Mahathir di PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naratif Melayu malas yang dimainkan oleh Mahathir merupakan satu kesilapan oleh gabungan berkenaan ketika memerintah.

 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/529939

 

Langkah Mahathir untuk menubuhkan gabungan parti atau parti baharu sebenarnya tidak relevan.

Imej Mahathir sebagai pemimpin dalam kalangan orang Melayu juga sudah ‘buruk’.

Mahathir bukanlah individu yang dihormati atau boleh dipercayai untuk membawa suara orang Melayu di negara ini.

Kalau benar Mahathir mahu membantu orang Melayu, sepatutnya dilakukan ketika dua rejimnya sebagai Perdana Menteri pada 1981-2003 dan 2018-2020.

Beliau memiliki banyak masa ketika itu, namun malangnya, sudah terlambat.

Mohd Rizuan Zakaria

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker