Zelensky sempat jumpa pelakon Hollywood semasa konflik

Zelensky sempat jumpa pelakon Hollywood semasa konflik

KYIV: Rata-rata warganet mengkritik Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya, Olena Zelenska kerana dilihat tidak serius menangani konflik berterusan di negara itu.

Situasi itu terbukti selepas Zelensky sempat mengadakan pertemuan dengan pelakon, Jessica Chastain ketika konflik berterusan Ukraine dengan Russia.

Memetik laporan Daily Mail, Zelensky dan Ketua Turus Presiden Ukraine, Andriy Yermak bertemu dengan bintang Hollywood itu dalam satu perjumpaan tertutup di Kyiv, Ahad lalu.

Zelensky turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Chastain dan bintang Hollywood lain yang pernah melawat Ukraine di tengah-tengah negara itu dilanda konflik.

“Pelakon Amerika Jessica Chastain kini berada di Ukraine. Bagi kami, lawatan dari individu terkemuka amat berharga.

“Terima kasih kerana mengadakan lawatan ini, dunia akan mendengar, mengetahui dan memahami situasi yang berlaku di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Telegram selepas lawatan itu.

Ketika di Kyiv, Chastain turut melawat hospital kanak-kanak Okhmatdyt untuk bertemu dengan mangsa dari bandar Kherson dan Chernihiv dilanda konflik, sebelum melakukan perjalanan ke bandar Irpin.

Jun lalu, beberapa selebriti Hollywood antaranya Ben Stiller, Sean Penn, Liev Schreiber dan Angelina Jolie turut melawat Ukraine.

Ukraine mengucapkan terima kasih kepada artis tersebut kerana melawat negara itu ketika pencerobohan Russia.

Sebelum ini, Zelensky dan isterinya muncul sebagai penghias muka depan majalah Vogue sewaktu pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Utusan

Zelensky sempat jumpa pelakon Hollywood semasa konflik


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker