Wanita Wechat tawar servis seks di hotel bajet ditahan

Wanita Wechat tawar servis seks di hotel bajet ditahan

Perbuatan lapan wanita warga asing yang menawarkan aktiviti tidak bermoral melalui aplikasi ‘Wechat’ akhirnya bernoktah apabila ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka, semalam.

Serbuan yang dibuat di beberapa hotel bajet di sekitar Melaka Raya itu mendapati ia didiami oleh wanita-wanita tersebut bagi melakukan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran antara RM 230 hingga RM 270.

Pengarah JIM Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Ops Gegar kira-kira pukul 9.45 malam oleh anggota daripada Bahagian Penguatkuasa JIM Melaka.

Ujarnya, anggota bertindak memecah pintu beberapa bilik kerana kengganan penghuninya untuk membuka pintu semasa pemeriksaan dijalankan.

“Ada diantara wanita warga asing ini cuba menyembunyikan diri mereka namun dapat ditemui oleh anggota operasi.

“Hasil pemeriksaan, lapan wanita warga asing berusia lingkungan 27 tahun hingga 33 tahun ditahan terdiri daripada lima wanita warganegara Vietnam dan tiga wanita warganegara Thailand.

“Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, turut diperiksa semasa operasi adalah lima warga tempatan yang turut berada di tempat kejadian.

Dalam perkembangan lain, Anirwan Fauzee berkata, 11 individu ditahan menerusi Ops Sapu di penempatan pekerja asing yang terletak di sebuah tapak pembinaan taman perumahan, di Krubong, Melaka, kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Katanya, seramai 41 orang warga asing, lapan penduduk tetap Malaysia dan seorang warga tempatan diperiksa di tempat kejadian.

“Pemeriksaan secara menyeluruh dibuat ke atas rumah-rumah kongsi yang didiami oleh warga asing, dipercayai bekerja di kawasan tapak pembinaan tersebut.

“Ada warga asing yang cuba melarikan diri semasa operasi dijalankan, namun berjaya diberkas oleh anggota operasi. Seramai 11 orang lelaki warga asing yang berusia lingkungan 21 tahun hingga 47 tahun ditahan hasil daripada pemeriksaan.

“Mereka terdiri daripada dua lelaki warganegara Myanmar, empat lelaki warga Indonesia, empat lelaki warga Nepal dan seorang warganegara Bangladesh,” ujarnya.

Jelasnya, individu-individu terbabit ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Kesemua tahanan daripada kedua-dua operasi kemudiannya dibawa ke Pejabat Imigresen Negeri Melaka, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Ayer Keroh untuk siasatan lanjut. K Online

Wanita Wechat tawar servis seks di hotel bajet ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker