Jangan ‘sentap’ jika dihina Chatbot Facebook
WASHINGTON – Syarikat pengendali Facebook, Meta memberi amaran bahawa fungsi terbaharu chatbot pada laman sosial tersebut berupaya untuk berbohong dan mengeluarkan komen berunsur penghinaan kepada pengguna, lapor akhbar Daily Star semalam.
Chatbot BlenderBot3 itu masih di peringkat ujian oleh pengguna di Amerika Syarikat.
Meta berkata, aplikasi kepintaran buatan(AI) tersebut boleh membuat pencarian internet dan berbual mengenai hampir semua topik dengan pengguna.
Ia berupaya menambah baik fungsinya dengan mempelajari skil komunikasi berdasarkan perbualan dengan manusia.
Meskipun direka untuk membantu Meta mewujudkan sistem perbualan berasaskan AI, syarikat gergasi teknologi itu mengakui bahawa chatbot tersebut mempunyai masalah ‘sikap’.
“Pengguna perlu tahu meskipun kami cuba mengurangkan isu seperti itu, chatbot tersebut mungkin agak kurang sesuai, biadap atau mengeluarkan kenyataan palsu serta bercanggah.
“Komen-komen itu tidak mewakili pendirian Meta sebagai sebuah syarikat dan tidak sepatutnya dijadikan sumber maklumat seperti nasihat undang-undang atau kewangan,” demikian menurut Meta menerusi kolum soalan yang sering ditanya (FAQ).
Tambah Meta, ia berusaha untuk meminimumkan penggunaan perkataan tidak sopan, berbaur penghinaan atau ayat yang menyentuh sensitiviti budaya oleh BlenderBot3.
Menurut Daily Star, antara penyebab kepada masalah tersebut adalah kecenderungan AI dipengaruhi oleh kandungan internet.
Ini kerana terdapat banyak unsur tidak sopan, menghina dan kandungan dewasa di internet. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
You must be logged in to post a comment.