Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi
Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyelar Khairuddin Aman Razali sebagai “haiwan politik” yang tidak mengenang jasa Bersatu, sebaliknya hanya inginkan PAS memilih Umno sebagai sekutunya.
“Dia sudah tak relevan untuk beri komen atau nasihat apa patut PAS buat… haiwan politik saja yang ambil sikap tidak mengenang jasa orang lain,” katanya yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS pusat.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu yang berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya menjalinkan kerjasama dengan Umno, bukan Bersatu yang disifatkan sebagai “parti kecil” dan hanya bergantung kekuatan orang lain.
Malah, Khairuddin yang keluar PAS pada 14 Mac lalu berkata, strategi parti itu meletakkan kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin adalah satu kesilapan.
Mengulas lanjut, Sanusi berkata tindakan Bersatu yang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) untuk bersama PAS dan Umno membentuk kerajaan perlu dihargai kerana berjaya menyelamatkan negara daripada zaman gelap 22 bulan pentadbiran kerajaan liberal pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
“PAS tak selfish (pentingkan diri)…PAS mengenang jasa dan pengorbanan orang. Bersatu keluar PH membolehkan Bersatu bersama dengan Umno dan PAS ambil alih kerajaan.
“Dengan ambil alih kerajaan itulah negara dapat diselamatkan daripada 22 bulan zaman gelap bagi Melayu Islam bawah kerajaan liberal dan cauvinist PH yang dikepalai DAP,” katanya kepada FMT.
Sanusi berkata, jika Bersatu mementingkan politik semata-mata, adalah lebih baik parti itu kekal dalam PH.
“Baik dia kekal dalam PH jadi kerajaan, lebih banyak mereka boleh buat untuk bunuh Umno dan PAS. (Tetapi) kerana mereka juga pentingkan Melayu dan Islam, mereka keluar PH dan bersama Umno dan PAS.
“Sebagai manusia waras, bukankah ini sikap yang patut dihargai?,” katanya.
Sanusi turut menempelak Khairuddin dengan menyifatkan segala pandangan bekas pemimpin PAS itu “sudah tidak relevan”, sambil menyifatkan “Khairuddin lebih Umno daripada sebahagian orang Umno”.
Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Feb lalu, sebulan selepas beliau digugurkan sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pusat. FMT
Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai
- China kerah pesawat pengebom nuklear
- Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan
- Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula
- Memeranjatkan jika saya perlu siasat Hakim Mohd Nazlan – Najib
- Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta
- Tutup SPAD: Saya kena tanggung dosa PH – Wee Ka Siong
- Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco
- Umpama Berniaga Zaman Jahiliah! Hukum Jual Beli ‘Cedok’ Di TikTok Adalah Haram- Pakar Syariah
- Pegawai hanya tahu makan gaji jangan hantar ke ‘JAKOA’ – MP Cameron Highland
- Isu LCS serlah hipokrasi PKR, DAP
- Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar
- Bayi 6 bulan maut dibawa ‘melancong’ 500 kilometer naiki motosikal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah
Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan
You must be logged in to post a comment.