PM kata tiada ‘bonus raya’ buat penjawat awam

PM kata tiada ‘bonus raya’ buat penjawat awam

Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menjelang Aidilfitri awal bulan depan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan baru sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

“Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.

“Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan mesra di bazar Ramadan Jalan Mahkota, Kuantan, hari ini.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 15 Mac lalu menggesa kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.


Baca Artikel Menarik:

Cadangan ‘halau’ Aliff Aziz pulang negara asal dikritik


Presidennya, Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan pimpinan Anwar mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan masih mempertimbangkan pemberian bonus, Anwar memaklumkan pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan Aidilfitri.

“Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah… untuk skim persaraan akan naik lagi.

“Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam… itu RM2,000 itu untuk raya sekali la tu,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

PM kata tiada ‘bonus raya’ buat penjawat awam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker