Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat

Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat

IPOH: Perkhidmatan surau bergerak yang dilancarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak Mac lalu telah memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk menunaikan ibadah.

Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu juga dilihat memberi ruang kepada para peniaga beragama Islam khususnya, untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.



Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussian ketika meninjau perkhidmatan itu di Gerbang Malam di sini berkata, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan kemudahan itu.
“Alhamdulillah dapat meninjau perkhidmatan surau bergerak MBI di Jalan Theatre, Ipoh berdekatan Gerbang Malam.

“Perkhidmatan bas ini di sini pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Bermula jam 6.30 petang hingga 12 malam. Kita bergerak ikut lokasi yang bersesuaian dan mengikut permintaan.

Katanya lagi, dengan adanya kemudahan itu sekurang-kurangnya memudahkan orang ramai mengerjakan ibadah.

Di samping mengajak umat Islam untuk sama-sama mengingati Allah SWT, walau sesibuk mana aktiviti kehidupan seharian.

Tambah Abu Bakar, mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menggunakan perkhidmatan surau bergerak itu, boleh menghubungi pihak MBI atau dirinya untuk keterangan lanjut.



Surau ini boleh diletakkan pada mana-mana lokasi bagi kemudahan umat Islam memanfaatkannya untuk solat serta aktiviti dakwah yang bersesuaian. - Foto Astro AWANI

Surau ini boleh diletakkan pada mana-mana lokasi bagi kemudahan umat Islam memanfaatkannya untuk solat serta aktiviti dakwah yang bersesuaian. – Foto Astro AWANI

Sebelum ini media melaporkan, MBI muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama berjaya menyiapkan sebuah bas yang direka khas menjadi surau bergerak untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat lima waktu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata berkata surau itu adalah hasil idea dan reka bentuk MBI bersama syarikat yang dilantik dengan mengambil kira tentang kemudahan asas bersolat serta ditambah baik dengan ciri-ciri moden lagi selesa.

Ruang surau ini boleh memuatkan seramai 15 orang. - Foto Astro AWANI



Ruang surau ini boleh memuatkan seramai 15 orang. – Foto Astro AWANI

Beliau berkata ia dilengkapi dengan ruang solat, sistem air wuduk, sistem pendingin hawa, generator, alat audio video yang lengkap dengan sistem waktu azan dan kanopi.

“Konsep surau bergerak ini amat mudah dan mesra yang akan dikendalikan oleh seorang petugas.

“Surau ini boleh diletakkan pada mana-mana lokasi bagi kemudahan umat Islam memanfaatkannya untuk solat serta aktiviti dakwah yang bersesuaian. Ruang surau ini boleh memuatkan seramai 15 orang,” katanya lagi. AA

Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker