Polis siasat anggota trafik tahan pemandu dalam video tular

IPOH: Polis sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dalam sebuah video tular.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Kuala Kangsar di sini pada kira-kira 7.28 pagi Jumaat.

“Polis ingin memohon kerjasama daripada pemandu yang merakam video tersebut supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Salim Ahmad di talian 018-5701739 bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya amat mengambil berat terhadap sebarang aduan awam berhubung salah laku pegawai atau anggota pasukan keselamatan itu.

Video itu memaparkan rakaman kamera papan pemuka tindakan seorang anggota polis trafik menahan seorang pemandu yang didakwa telah melakukan kesalahan lalu lintas, namun pemandu kereta itu mendakwa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak berpuas hati dengan anggota polis berkenaan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker