Projek Kapal LCS TLDM: Ini pandangan Najib Razak untuk beri kefahaman apa sebenarnya berlaku

 

Nampaknya ramai yang mahu saya ulaskan tentang isu kelewatan projek kapal LCS.

Baiklah. Ini adalah pemerhatian saya:

1. Projek ini diberi kepada syarikat Boustead milik LTAT – bukan diberi kepada syarikat swasta kroni.

Pengerusi Boustead Naval Shipyard (BNS) masa kontrak diberi juga merupakan seorang bekas Panglima Tentera Laut.
Ianya diberi kepada LTAT supaya kepakaran tempatan untuk membina kapal perang dapat dibina dan juga untuk mengelakkan masalah projek kapal OPV terdahulu yang diberi kepada syarikat swasta PSC Naval Dockyard bernilai sehingga RM30 bilion diberi masa PM4 yang akhirnya terpaksa dibail-out kerajaan.

Pada setiap masa, projek LCS ini adalah bawah kawalan Boustead, LTAT atau TLDM – bukan di bawah kroni atau pihak swasta.
Pada tahun 2017, Boustead turut diberi kontrak untuk membina 4 buah kapal Littoral Mission Ships (LMS) kelas Keris bersama syarikat China yang berjaya diselesaikan.dan diserahkan kepada Tentera Laut.
Keuntungan daripada projek-projek tersebut akhirnay mengalir kepada LTAT iaitu tabung veteran anggota tentera.

2. Jawatan kuasa kira-kira (PAC) bagi projek ini dipengerusikan oleh Wong Kah Woh iaitu ahli parlimen yang juga ketua pemuda DAP. Saya tak pernah dipanggil untuk memberi penjelasan dalam mesyuarat-mesyuarat mereka.
Kenyataan yang menjadi kontroversi hari ini adalah dikeluarkan oleh pengerusi PAC tersebut.

3. Ada fakta yang tidak tepat atau tidak diberi dalam kenyataan beliau dan juga dalam laporan media.

4. Kontrak projek LCS hanya ditanda tangan pada 17 July 2014 dan untuk kapal pertama disiapkan pada April 2019 – bukan projek diberi pada 2011 (masa itu cuma surat anugerah ataupun letter of award, bukan kontrak) dan kapal pertama bukan perlu diserahkan pada tahun 2017.

5. Terdapat perbezaan pendapat antara pengerusi BNS yang juga merupakan bekas panglima tentera laut dengan panglima tentera laut baharu yang sedang menjawat masa itu.
Pengerusi BNS cadangkan jenis kapal kelas Gowind yang lebih baharu dan canggih tetapi panglima laut masa itu mahukan jenis kapal kelas Sigma yang berpunca dari tahun 1970an dan lebih terbukti dan telah digunakan oleh tentera Indonesia sebab kurang yakin dengan kelas Gowind yang masa baharu masa itu.

Lain-lain pembeli kelas Gowind termasuk tentera negara Argentina, Mesir, UAE dan Romania – bukan Malaysia sahaja.

6. Saya menjawat sebagai PM serta Menteri Kewangan pada masa itu dan tidak terlibat dalam pemilihan jenis kapal. Ianya adalah keputusan dan cadangan dari Kementerian Pertahanan.

7. Sejurus selepas PRU14, pengerusi LTAT, pengerusi serta boss Boustead dan Panglima Tentera turut ditukar kerajaan PH.

Projek juga telah diperlambatkan oleh siasatan yang dilancarkan oleh kerajaan PH lalu projek dibeku pada tahun 2019.
Masa projek dibeku pada tahun 2019, Menteri Pertahanan Mat Sabu kata kemajuan projek LCS cuma pada tahap 60% dan bukan 78% mengikut kontrak.

“We could continue to debate why it was not built consecutively, but the fact is that the detailed design, done in partnership with France’s Naval Group, has progressed to more than 90%. The physical construction progress of the first LCS is at more than 60%, with varying degrees of development for the rest of the LCS. So, there had been substantial work done on the ground until the work stopped in 2019.”
https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story…

Ini bermaksud bahawa projek bernilai RM6 bilion itu masih berjalan dan bukan tiada sebarang kemajuan seperti projek terowong Pulau Pinang DAP yang bernilai RM6.43 bilion.

8. Mat Sabu pula kata bahawa kerajaan PH pernah berhasrat untuk meneruskan projek LCS setelah mereka membekunya tetapi tidak sempat sebab kerajaan PH tumbang.
The cabinet was scheduled to discuss and make the next final decision. Unfortunately, the Sheraton Move took place on February 23, 2020″
https://www.thevibes.com/…/pakatan-not-responsible-for…

9. Pandemic Covid menimpa pada tahun 2020 dan 2011. Projek akhirnya dibenarkan untuk sambung semula pada bulan April 2022 oleh kerjaan hari ini.
“20 April 2022: Kabinet setuju projek perolehan kapal LCS diteruskan – Hishammuddin”
https://www.bharian.com.my/…/kabinet-setuju-projek…

Bermaksud projek masih dimajukan masa BN tetapi telah diperlambatkan kerajaan PH selepas PRU14 pada tahun 2018 dan dibekukan sepenuhnya pada tahun 2019 di mana kapal pertama dijadualkan untuk diserah.

Pandemik pula menimpa pada tahun 2020 dan 2021. Akhirnya projek baharu dipersetujui untuk disambung pada bulan April 2022.
Jadi, bagaimana pula kapal-kapal boleh siap?

PH lewatkan projek pada tahun 2018, bekukan projek pada tahun 2019, lalu tanya kenapa tiada sebarang kapal diserahkan pada tahun 2022?

10. Projek ini bukan tidak pernah disiasat. Ianya disiasat oleh jawatankuasa ditubuhkan PH pada tahun 2018.

Boustead juga membuat laporan SPRM pada bulan Disember 2020 untuk menyiasat projek ini.

“Disember 2020: Boustead sokong laporan rasuah BHIC”
https://www.utusan.com.my/…/boustead-sokong-laporan…/

SPRM pula memberitahu parlimen bahawa siasatan telah diselesaikan sepenuhnya dan telah mula dakwa beberapa bekas pegawai urusan Boustead berhubung dana sekitar RM30 juta.
https://dagangnews.com/sprm-bakal-dakwa-suspek-skandal…

Jadi, kenapa pula saya disalahkan pihak sebelah sana sedangkan ianya telah disiasat berkali-kali oleh PH dan saya tidak pernah dituduh sebagai suspek atau pernah disuruh untuk menghadap PAC?
11. Sebelum ini juga, kerajaan PH pernah mendakwa dana sebanyak RM1 bilion telah lesap dan tidak dapat dikesan.

Baru-baru ini sahaja mereka tukar kisah bahawa dana bukan lesap tetapi digunakan untuk tujuan lain seperti RM400 juta untuk bayar hutang projek kapal lama, RM305 juta untuk membina satu fasiliti di Cyberjaya dan RM700 juta untuk membiayai kos kelewatan projek.

12. Cadangan yang paling tidak boleh diterima ialah dari Anwar untuk hentikan projek sepenuhnya setelah RM6 bilion sudah dibelanja dan kemajuan projek sudah pada tahap 60%?

Boustead rugi, pekerja Boustead dibuang kerja, vendor-vendor tempatan rugi, kepakaran tidak dapat dibina, LTAT rugi, TLDM juga rugi sebab tiada kapal baharu dan kerajaan rugi sebab telah belanja RM6 bilion tanpa sebarang hasil.

Siapa yang “menang” jika projek dibatalkan? PH yang menang sebab boleh samakan projek ini dengan projek terowong magic mereka untuk dijadikan “skandal BN”.

Biarpun tidak diinginkan tetapi kelewatan projek-projek dan kos mencecah bajet pad kapal perang boleh berlaku.

“2020: Navy’s worst-case cost overrun tops US$1 billion for aircraft carrier Gerald Ford”
https://www.washingtonpost.com/…/29/gIQAbbmoUP_story.html

“2020: CBO Says Navy Underestimated Cost of First Frigate by 40 Percent”
https://news.usni.org/…/cbo-says-navy-underestimated…

“Jun 2022: New navy supply ships face more delays and cost increases, federal officials confirm”
https://ottawacitizen.com/…/new-navy-supply-ships-face…

Pembinaan kapal perang adalah projek besar yang kompleks dan juga mengambil tempoh masa yang lama. Sebab itu, kelewatan dan kenaikan kos mampu berlaku – terutama sekali apabila kos-kos bahan pembinaan naik.

Jadi, jalan terbaik ialah menilai semula dan mengawal kos serta kemajuan projek dengan lagi teliti agar kapal dapat dibina dan diserahkan sempenuhnya dan agar kepakaran ini tetap berada dalam industri tempatan supaya kapal-kapal seterusnya akan mampu dibina dengan lebih cekap dan kos penyelenggaraan adalah lebih rendah.

Bukan hentikan projek seperti dicadang Anwar/PH ataupun dijadikan modal PRU15.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker