PRU15: Pas Ada ‘Pelan B’ Jika UMNO Tak Mahu Kerjasama – Ahmad Fadhli

PRU15: Pas Ada ‘Pelan B’ Jika UMNO Tak Mahu Kerjasama – Ahmad Fadhli

TASEK GELUGOR: Pas mempunyai perancangan lain atau Pelan B sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mahu meneruskan sebarang kerjasama khususnya melalui Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Pemuda Pas Pusat , Ahmad Fadhli Shaari berkata, meskipun Pas mahu terus menjalinkan kerjasama namun Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya baru-baru ini menggambarkan permuafakatan antara kedua-dua parti hanya boleh dilakukan selepas PRU15.



Justeru pihaknya bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang situasi sekiranya benar tiada sebarang perundingan berlaku di antara kedua-dua pihak.

“Bagi kita itu isyarat jelas bahawa tidak ada permuafakatan di antara Barisan Nasional (BN ) dengan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas pada PRU akan datang. Walau pun Pas masih lagi berusaha untuk hendak jalinkan persefahaman dan perundingan.

“Tetapi kita bersedia untuk ‘worst case scenario’ untuk tidak ada sebarang perundingan, kalau ada perundingan kalau ada persetujuan itu lebih baik, bagaimana formula saya sebut tadi, kalau ada rundingan akan lebih beri tekanan pada Pakatan Harapan (PH) sebenarnya, tetapi kalau tidak ada apa-apa persetujuan kita tidak ada masalah dan kita akan terus juga menghadapi PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang kali ke-42 di Pusat Pengajian Darul Hadis ,di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Sabtu.



Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff dan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Md Jan.

Sementara itu Ahmad Fadhli berkata, pihaknya menjangkakan pembubaran tarikh Parlimen bagi membolehkan PRU15 akan dibuat bergantung kepada situasi semasa politik di dalam UMNO ketika ini.

Katanya, melihat kepada situasi semasa dan tekanan yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tidak mustahil gendang PRU akan dipalu dalam tempoh terdekat.

Namun Ahmad Fadhli berkata, Naib Presiden UMNO itu pastinya akan mengambil kira pandangan partinya terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan pembubaran Parlimen.



Ia sama seperti keputusan BN menamatkan kerjasama dengan pihak parti pembangkang melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 31 Julai lalu .

“Walau apa pun kita menghormati hak Perdana Menteri, sudah pasti kita jangka dalam membubarkan Parlimen ini, pandangan UMNO diambil kira, keutamaan kepada PM,” katanya lagi.

Ahmad Fadhli menambah, ketika ini bukanlah masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum berikutan negara yang masih dalam proses pemulihan selepas pandemik COVID-19, namun mengambil kira tekanan yang dikenakan terhadap Perdana Menteri untuk mengadakan PRU, Pas bersiap sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.AA

PRU15: Pas Ada ‘Pelan B’ Jika UMNO Tak Mahu Kerjasama – Ahmad Fadhli



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri



Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker