Lelaki kahwini dua sepupu serentak

Lelaki kahwini dua sepupu serentak

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang mengahwini dua wanita yang merupakan sepupu secara serentak, lapor laman berita Suara.com.

Perkahwinan itu dikatakan berlangsung semalam di Desa Lebakagung, Lampung Utara. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @dunia_kaumhawa.

Rakaman memaparkan kemeriahan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di dalam sebuah rumah. Pengantin lelaki yang memakai kot hitam dan kain sarung dilihat berjalan ditemani keluarganya.

Selain itu, salah seorang pengantin perempuan memakai kebaya putih dan kain batik berwarna emas yang sepadan dengan suaminya, manakala seorang lagi berkain batik merah jambu.

Dua pengantin perempuan itu kemudian bersalam di hadapan tetamu namun, pengantin berkain warna merah jambu kelihatan berwajah masam.

“Nama pengantin lelaki Rahmadi, manakala pengantin perempuan ialah Dela Novita Lingga dan seorang lagi, Sri Yana,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Wah merungsingkan, ‘perang dunia’ setiap hari,” kata seorang netizen.

“Dari raut wajahnya, dia sudah bersedia untuk ‘perang dingin’,” komen netizen lain. K Online

Lelaki kahwini dua sepupu serentak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker