Syarikat tawar jawatan makan gula-gula

Syarikat tawar jawatan makan gula-gula

Sebuah syarikat peruncit gula-gula online di Kanada menawarkan bayaran berjumlah £64,000 (RM346,080) setahun kepada sesiapa yang mahu bekerja dari rumah sambil makan makanan manis keluarannya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Candy Funhouse, menyiarkan iklan jawatan ‘Ketua Pegawai Gula-Gula’ dengan tugas memimpin mesyuarat lembaga gula-gula, menjadi ketua penguji rasa serta beberapa tugas yang menyeronokkan.

Pekerjaan itu disiarkan di laman LinkedIn pada Julai lalu dan menerima beribu-ribu permohonan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Hejazi kepada stesen penyiaran CNN.

Huraian iklan itu mengatakan bahawa jawatan berkenaan tidak terikat dengan umur dan terbuka kepada sesiapa yang berusia lebih dari lima tahun dan tinggal di Amerika Utara.

Syarikat yang berpangkalan di luar Toronto itu dikendalikan oleh empat beradik berusia 20-an hingga 30-an. K Online

Syarikat tawar jawatan makan gula-gula


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker