China mula tembak peluru di perairan, ruang udara Taiwan

China mula tembak peluru di perairan, ruang udara Taiwan

China melancarkan latihan ketenteraan secara besar-besaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini di enam kawasan yang melingkari Taiwan pada Khamis, lapor stesen televisyen China

Latihan yang bermula pada jam 4 pagi GMT tadi dilaporkan akan berakhir pada jam 12:00 tengah hari. (0400 GMT) pada hari Ahad. Ia diadakan sebaik selesai lawatan Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat Nancy Pelosi ke Taipei, yang dikecam oleh Beijing. China mendakwa pulau yang ditadbir sendiri itu sebagai miliknya.



Menurut laporan stesen televisyen China, latihan berkenaan akan meliputi tembakan peluru hidup di perairan serta ruang udara di sekeliling Taiwan.

Pegawai Taiwan mendakwa latihan ketenteraan itu melanggar peraturan ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mencerobohi ruang wilayah Taiwan, serta adalah cabaran secara langsung terhadap navigasi bebas udara dan laut.

“China sedang menjalankan latihan di laluan penerbangan serta air antarabangsa yang paling sibuk, dan itu adalah tingkah laku tidak bertanggungjawab serta melanggar undang-undang,” kata jurucakap arti pemerintah Taiwan, Parti Progresif Demokratik (DPP).

Dia turut membidas latihan ketenteraan itu, malah mendakwa laman sesawang Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden diserang penggodam.



Malam tadi, hanya beberapa jam selepas Pelosi meninggalkan Taipei untuk meneruskan rangka lawatannya ke Korea Selatan, Kementerian Pertahanan Taiwan mendakwa pesawat yang tidak dikenal pasti yang dipercayai adalah dron, dikesan terbang sekitar kepulauan Kinmen, Taiwan, yang terletak berhampiran pantai tanah besar itu. Mk

China mula tembak peluru di perairan, ruang udara Taiwan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Video tak senonoh didakwa penyanyi terkenal tanah air kini kecoh

Pesakit psikiatri maut terjun dari tingkat empat Aman Central



Restoran nasi kandar sedia mi goreng ‘perisa najis tikus’ diarah tutup

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker