Jurulatih penerbangan maut, seorang parah dalam nahas pesawat terhempas

Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas.

IPOH – Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini sebentar tadi.

Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah.

Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis Piper 28 yang terhempas di lokasi kejadian.

Katanya, difahamkan pesawat tersebut berlepas dari Bats Aviation Sdn. Bhd. (BATS) dekat sini.

Pesawat terhempas di Ipoh, jurulatih penerbangan maut [VIDEO]

Mior Faridalathrash bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian di Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh hari ini. – FOTO: MUHAMAD NAZREEH SYAH MUSTHAFA

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya membawa keluar mangsa pertama pada pukul 9.25 malam manakala mangsa yang maut pula dikeluarkan 10 minit kemudian.

“Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada keluarga kedua-dua mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor dan Bukit Damansara, Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut akan dijalankan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengenal pasti punca kejadian.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker