Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing

IPOH – Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki disyaki dibunuh di sebuah rumah di Buntong di sini semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia lingkungan 33 hingga 46 tahun itu diberkas di sekitar Buntong pada pukul 1.15 tengah hari tadi.

Katanya, turut dijumpai sebatang tukul besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk mendatangkan kematian kepada mangsa.



“Pihak polis menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga asing yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah di Buntong semalam.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati lelaki berusia 37 tahun itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berbantal dan berselimut. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada awalnya kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah dijumpai pada tubuh mangsa mahupun lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematian akibat kecederaan di bahagian perut akibat pukulan objek tumpul.



“Kes tersebut diklasifikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman ke atas kesemua suspek yang merupakan adik beradik, bapa saudara dan rakan kepada mangsa itu akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Ipoh,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura

Hulk Hogan berdikir barat (Video)



‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker