Puteri BN mampu perkukuhkan kesiapsiagaan hadapi PRU15 – Zahid

Puteri BN mampu perkukuhkan kesiapsiagaan hadapi PRU15 – Zahid

Penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN) yang telah diluluskan hari ini merupakan satu pengukuhan penting terhadap kesiapsiagaan parti itu dalam mendepani pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan itu yang akan diabsahkan di mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Ogos nanti juga bakal menyaksikan calon baharu dari kalangan Puteri BN diketengahkan di PRU15 nanti.



“Realiti yang ada di hadapan kita jika mahu menang, muka-muka baharu mesti diketengahkan lebih ramai lagi, ini terbukti di PRN Melaka apabila 87% muka baharu dan hasilnya kita menang lebih tiga per empat majoriti.

“Acuan yang kita lihat di PRN Johor dan Melaka itu merupakan acuan yang terbaik dan kita akan lakukan lebih baik daripada itu, kita utamakan “muka-muka segar” sebab tu kita faham bahawa, berlaku tsunami politik dalam PRU14,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen Puteri BN di sini hari ini.

Menurutnya, kesiapsiagaan Puteri BN yang menggabungkan sayap belia wanita dalam komponennya seperti Puteri MIC dan Beliawanis (MCA) adalah di tahap yang optimal sekali gus menunjukkan keseriusan jentera BN dalam mendepani cabaran pilihan raya akan datang.

“Saya lihat dalam kalangan parti komponen BN, keseluruhan usaha untuk memantapkan BN lebih jelas dan tentunya kita harus mengikis perbedaan yang ada di PRU sebelum ini.



Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai rang undang-undang anti-lompat parti, Zahid berkata, perkara itu adalah manifestasi persetujuan semua parti politik untuk memastikan amanah diberikan oleh rakyat terhadap pemimpin terus terbela.

“RUU anti-lompat itu ialah manifestasi bahawa semua parti politik bersetuju bahawa ia satu usaha untuk mengelakkan amanah rakyat itu ‘terburai’ apabila kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Parlimen bertukar parti mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan. FMT



Puteri BN mampu perkukuhkan kesiapsiagaan hadapi PRU15 – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah



Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker