Budak lemas: Bapa hairan rakan seolah-olah sembunyi sesuatu

Budak lemas: Bapa hairan rakan seolah-olah sembunyi sesuatu

JOHOR BAHRU – Bapa kepada kanak-kanak yang ditemui mati lemas di Sungai Plentong di sini mahu siasatan terperinci dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang berlaku terhadap anaknya.

Muhammad Salleh Abdullah, 51, berkata, dia dan keluarga bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku terhadap anak keempat lapan beradik, Rizat, 9.

“Selepas isteri beritahu Rizat tak pulang lagi selepas keluar bermain bersama rakan-rakan pada Jumaat lalu, saya dan sekeluarga terus mencarinya termasuk pergi ke rumah rakan sepermainannya bertanyakan di mana Rizat.

“Namun perkara pelik berlaku apabila kedua-duanya mereka enggan bekerjasama dan memberitahu dengan lanjut di mana Rizat berada sebaliknya bertindak mengunci pintu kediaman masing-masing sehingga ke hari ini,”katanya ketika ditemui Kosmo! di Flat Daisi, Plentong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Salleh berkata, Rizat merupakan seorang budak yang sangat aktif selain jenis yang tidak melekat duduk di rumah.

Tambah Muhammad Salleh lagi, tindakannya itu bukan bertujuan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku sehingga anaknya lemas di sungai berkenaan.

“Rizat tidak pandai berenang, jadi saya cuma mahu tahu apa yang berlaku, adakah dia terjatuh sendiri atau ada sebab-sebab lain sehingga perkara buruk menimpanya,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Salleh memaklumkan sebelum mayat anaknya ditemui, dia terlebih dahulu telah pergi ke sungai tersebut kerana terasa seperti ‘dipanggil’ untuk ke lokasi berkenaan.

“Pagi tadi, dalam pukul 8 pagi saya pergi ke sungai itu dan dalam hati seperti berkata ‘Rizat ada dekat sini’. Saya kemudian pulang ke rumah sebelum tidak lama mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang memberitahu Rizat sudah ditemui dan benar, di lokasi saya kunjungi pagi tadi,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh seorang awam. K Online

Budak lemas: Bapa hairan rakan seolah-olah sembunyi sesuatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)

ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker