Pengecualian bayar balik PTPTN galak pelajar capai pendidikan cemerlang
Pengecualian bayar balik PTPTN galak pelajar capai pendidikan cemerlang
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik pengecualian bayaran balik bagi peminjam tabung ini kepada kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.
Keistimwaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat peminjam PTPTN yang bergraduat bermula tahun 2019.
Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff berkata, sebelum ini mulai tahun 2019, pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN hanya diberikan kepada peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama bagi kategori kumpulan B40 dan M40 sahaja.
”Dengan pengumuman Perdana Menteri ini sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022, insentif ini akan diperluaskan kepada semua kategori peminjam yang bergraduat bermula tahun 2019 tanpa mengira had pendapatan,” katanya di sini.
Tambah beliau, bagi memastikan insentif ini dilaksanakan dengan berkesan, PTPTN akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan berkaitan peruntukan dan kaedah pelaksanaan akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan.
Pemberian insentif ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dan sebagai dorongan untuk menggalakkan pelajar yang merupakan peminjam PTPTN untuk mencapai pendidikan dengan cemerlang.
PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa komited memastikan agar urusan berkenaan pengecualian bayaran balik pinjaman ini dapat dilaksanakan dengan baik demi kebajikan para peminjam PTPTN. MG
Pengecualian bayar balik PTPTN galak pelajar capai pendidikan cemerlang
Baca Artikel Menarik:
- What are the motives of Mahathir withdrawing review of Batu Puteh?
- “Top 5” bertemu, tanda pilihan raya makin dekat
- Scammer menyamar jadi Wan Junaidi
- Langkawi cuba haramkan UMNO, paksa lompat ke PPBM – Nik Nazmi
- Harga minyak masak boleh diturunkan, idea Najib betul
- Perokok tiada hak, kesihatan rakyat lebih utama
- Tuntutan Cuepacs beri kesan terhadap kerajaan pada PRU – bekas KP JPA
- Guru dipercayai maut selepas gaduh
- Pengerusi NGO diserang setelah lapor penyelewengan Penjana Kerjaya ke SPRM
- Pinjam duit mentua bayar upah cubaan bunuh isteri sendiri
- 2 anak Allahyarham Jamaluddin Jarjis berjaya batalkan saman nenek
- Amanda Manopo selebriti panas
- Abang kawasan asal Kelantan ugut penjaja wanita akhirnya dikutip polis [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)
You must be logged in to post a comment.